Honda Malaysia baru saja melancarkan Civic FE facelift 2025 untuk pasaran Malaysia selepas tempahan dibuka pada Disember 2024. Model ini adalah kemas kini kepada Civic FE generasi ke-11 yang diperkenalkan pada Januari 2022 dan versi facelift ini sudah pun ditawarkan di Thailand sejak Ogos 2024.

Ada empat varian yang ditawarkan:

  1. 1.5L E – RM133,900 (RM2,000 lebih mahal)
  2. 1.5L V – RM144,900 (harga kekal)
  3. 1.5L RS Petrol – RM149,900 (RM2,000 lebih murah)
  4. e:HEV 2.0L RS Hibrid – RM167,900 (harga kekal)

Apa yang Baru? Civic facelift 2025 ini tampil dengan rekaan bampar depan yang lebih tajam dan lebar. Gril depan kini menggunakan rekaan honeycomb yang moden. Bahagian belakang tak banyak berubah, cuma lampu belakangnya lebih gelap. Untuk varian RS e:HEV, ada rim baru 18 inci tujuh jejari yang lebih sporty dan interior dengan corak fabrik kerusi baru.

Ciri Pemanduan dan Keselamatan Untuk varian e:HEV, Honda menambah mod pemanduan Individual yang membolehkan pemandu pilih tetapan pemanduan mengikut citarasa. Ada empat Mod pemanduan : ECON, NORMAL, SPORT, dan Individual. Dari segi keselamatan, Civic baru ini lebih canggih dengan ciri-ciri seperti brek penghindar perlanggaran yang kini boleh kesan motosikal dan basikal. Fungsi Adaptive Cruise Control juga lebih lancar.

Teknologi dan Kelengkapan Skrin 9 inci datang standard di semua varian, lengkap dengan Google Built-in. Semua varian juga mempunyai Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, serta USB-C di depan dan belakang. Bagi varian RS Petrol dan e:HEV, pengecas tanpa wayar turut diberikan. Oh, dan semua varian sekarang ada filem penapis haba sebagai standard!

Enjin dan Penjana Kuasa Civic facelift 2025 ini masih menggunakan enjin yang sama. Varian e:HEV ada sistem hibrid i-MMD dengan enjin 2.0L dan dua motor elektrik, menghasilkan 184 PS dan 315 Nm tork. Untuk varian petrol, enjin 1.5L VTEC Turbo tetap menghasilkan 182 PS dan 240 Nm tork.

Warna Baru turut diperkenalkan iaitu Canyon River Blue Metallic, selain warna-warna sedia ada seperti Meteoroid Grey Metallic, Ignite Red Metallic, Platinum White Pearl, dan Crystal Black Pearl.

Dengan reka bentuk yang lebih bergaya, teknologi yang lebih canggih, dan ciri keselamatan yang lebih lengkap, Civic FE facelift 2025 memang sesuai untuk mereka yang mahukan sedan yang serba moden dan berprestasi!

Untuk tempahan, anda boleh dapatkan info penuh dari laman rasmi Honda Malaysia di https://honda.com.my atau berhubung dengan penasihat jualan Honda berhampiran.

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.