Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2024 akan berlangsung dari 8 hingga 10 November di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC). Berikutan kejayaan debutnya tahun lepas yang berjaya menarik lebih 91,000 pelawat, acara tahun ini menjanjikan acara yang lebih besar dan menarik. Ia akan menampilkan lebih daripada 300 kereta yang diubahsuai, termasuk model khas yang diterbangkan dari Jepun, di samping demonstrasi drift, simulator perlumbaan dan pertandingan penggayaan auto yang dinilai oleh jurutera automotif terkemuka Jepun.

Selain itu, peluang untuk memenangi Honda Civic FK8R Type R Mugen yang diubah suai dan sedan BMW E36 325i turut menjadi tarikan utama untuk acara tahun ini. Barangan eksklusif seperti model diecast dan pakaian istimewa automotif turut dijual. Acara ini bertujuan untuk menarik kehadiran penonton dari negara-negara serantau, di samping menjadikan acara ini sebagai tarikan automotif utama di Asia Tenggara.

Pengunjung boleh memilih jenis tiket yang berbeza, termasuk akses VIP dan pas Black Tag eksklusif, yang menawarkan faedah tambahan seperti akses lounge dan fast lane entering. Acara ini akan meliputi keluasan ruang pameran kira-kira 170,000 kaki persegi yang mampu menyediakan ruang yang lebih luas berbanding edisi sebelumnya. Untuk pendaftaran, peserta digalakkan untuk tempahan dalam talian, dengan pilihan laluan awal dan laluan ekspres tersedia untuk memudahkan akses semasa hari acara.

Untuk mendaftar Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2024, layari tapak tiket rasmi di tickets.tokyoautosalonkl.com yang menawarkan pelbagai pilihan tiket, termasuk pas VIP dan pas 3 hari, serta penyertaan kepada peraduan yang diadakan. Perincian acara dan pameran, paparan kereta, inovasi automotif dan hiburan langsung, bolehlah dipilih dengan memilih pas yang sesuai semasa pendaftaran. Butiran tambahan tentang barangan dan faedah acara eksklusif juga tersedia di tapak web yang diberikan.

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.