Volvo adalah jenama yang tidak asing lagi di negara kita. Jenama Sweden ini memang mempunyai reputasinya yang tersendiri terutamanya dari segi kekuatan, kestabilan dan keselesaannya. Kehadiran model EX30 EV ini ke Malaysia memang dinanti-nantikan oleh peminat Volvo di negara kita. Dijangka model ini bakal dipamerkan dan dilancarkan secara rasminya di bilik pameran Volvo pada hujung September 2024 ini. Model ini adalah lebih kompak dan kecil berbanding XC40, dan kerana itulah EX30 EV ini adalah model Volvo yang terpantas yang pernah dibina.

Set infotainmen dan multimedia bagi model ini adalah diambil terus daripada model XC90 tetapi dengan versi yang lebih kompak. Dengan kabin yang canggih dan unik, rekaan dalaman Volvo diambil sepenuhnya daripada citarasa Scandinavia. Dengan pilihan storan pintar di seluruh kabin, skrin tunggal UX, Google build-in dalam menjalankan sistem keseluruhan infotainmen dalaman,  telah memberikan identiti Volvo yang tersendiri. Selain, Park Pilot Assist generasi baru pada EX30 ini mampu mengendalikan semua jenis tempat letak kenderaan dengan lebih fleksibel menjadikan CX30 ini mampu parkir di ruang yang sempit dan terhad.

EX30 EV ini mampu memberikan keyakinan tinggi kepada pemandunya di sepanjang pemanduannya di sebabkan kejuruteraan khusus Volvo dengan teknologi cengkaman yang tinggi semasa pemanduan serta sistem brek yang sangat efisyen. Selain itu, pecutan 0-100 km/j hanya mengambil masa 3.6 saat sahaja memberikan satu nilai yang sangat berkuasa di dalam kelasnya ditambah lagi dengan teknologi kestabilan dan keseimbangan pemanduan dalam segenap aspek. Kuasa maksimum EX30 EV ini adalah 428 hp dan 543 Nm tork, di mana kelajuan tertinggi yang diisytiharkan ialah 180 km/j.

EX30 EV mempunyai spesifikasi motor elektrik berkembar (AWD) dengan kuasa bateri 69 kWj. Jarak pemanduan untuk sekali cas ialah 480 km di mana pengecasan bateri dari 10 hingga 80 peratus hanya mengambil masa 25 minit sahaja. Anggaran harga yang ditawarkan adalah dalam lingkungan RM 199,000 yang dilihat lebih rendah berbanding pesaing utama mereka iaitu Mercedes dan BMW.

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.