Perodua seperti yang kita sedia maklum, adalah antara jenama kereta yang paling laris di negara kita. Dengan konsep kompaknya serta terkenal dengan penjimatan minyak, model-model perodua dikatakan antara model yang menjadi pilihan utama bagi rakyat negara ini. Namun demikian, Perodua juga tidak mahu ketinggalan dalam memperkenalkan model kereta EV pertamanya, Emo-1 dalam persaingan kereta elektrik yang semakin dominan di dunia.

Pengenalan Emo-1 baru-baru ini, telah membuka suatu lembaran baru kepada Perodua untuk turut serta dalam perlumbaan industri EV di negara kita. Emo-1 ini dikatakan mempunyai rupa yang mirip seperti Myvi D51A yang dikuasakan dengan motor hadapan tunggal yang mampu menghasilkan 68 PS (50 kW) dan 220 Nm tork, di mana masa yang diperlukan dari 0-100 km/j hanya 7-9 saat sahaja. Manakala jarak perjalanan untuk sekali pengecasan adalah dari 350 km hingga 400 km, dengan tempoh pengecasan terpantasnya, pengecasan DC 50 kW, hanya mengambil masa satu jam sahaja.

Perodua Emo-1 ini dibangunkan dengan kerjasama sebuah syarikat daripada Australia yang akan diperkenalkan tidak lama lagi. Manakala kontrak pembekalan komponen elektronik dan mekatronik untuk EV pertamanya ini diberikan sepenuhnya kepada MCE Holdings Malaysia yang dikatakan turut membekalkan keseluruhan sistem Emo-1 ini termasuklah sistem ADAS, suis, instrumen, unit-unit utama dan lampu dalaman. Emo-1 ini dijangka mampu memberikan pulangan pelaburan yang amat positif kepada Perodua dalam masa 36 bulan pertama pelancarannya kelak. Julat harga Emo-1 ini belum lagi diumumkan lagi secara rasmi, namun dijangka dalam julat RM 50,000 hingga RM100,000 sahaja.

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.