Zeekr 007 adalah jenama yang dipermajukan oleh pengeluar kereta terbesar di China iaitu Zeejiang Geely Auto Group. Jangan lupa, Geely adalah jenama yang tidak asing lagi kepada Malaysia dengan pengeluaran Proton X70 dan X50. Zeekr 007 ini dikatakan akan mula diperkenalkan di Malaysia pada awal tahun 2025 nanti, di mana dua model Zeekr yang mula-mula diperkenalkan ke pasaran Malaysia pada penghujung tahun ini ialah Zeekr X dan Zeekr 009.

Zeekr 007 adalah sebuah sedan elektrik yang direka dengan ciri-ciri premium dan dikatakan setanding dengan Tesla Model 3. Zeekr 007 ini akan menggunkaan Gold Batery generasi kedua dengan kapasiti 75 kWj dan menawarkan jarak pemanduan sejauh 688 km pada sekali pengecasan. Bukan itu sahaja, bateri ini dikatakan mencapai 80% penuh dengan hanya pengecasan selama 10.5 minit sahaja dan merupakan tempoh pengecasan terpantas di dunia bagi kenderaan elektrik setakat ini.

Di bahagian dalaman Zeekr 007 ini menampilkan skrin LCD 90 inci atau Paparan Interaktif Sosial (ISD) yang disepadukan dengan gril hadapan kereta ini, di mana ia boleh memberi paparan secara langsung kepada pengguna jalan raya lain dan menyampaikan mesej secara digital melalui gril hadapannya. Rekaan luarannya yang sangat kemas dan futuristik ini, menjadikan sedan ini bakal menggegarkan pasaran EV di dunia, apatah lagi perekabentuk Zeekr 007 ini adalah bekas perekabentuk Bentley, Stefen Sielaff. Saiz roda Zeekr 007 ini juga bersaiz 20 inci dan agak besar untuk sebuah sedan. Semua sistem di dalam kabin Zeekr 007 ini boleh dikawal sepenuhnya melalui suara dari mana-mana sahaja di dalam kabinnya terutamanya peringatan untuk pengecasan kereta serta pelarasan tetapan penghawa dingin.

Bukan itu sahaja, Zeekr 007 2025 ini turut dipermajukan dengan sistem pemanduan pintar Haohan 2.0 lengkap dengan Lidar dan gabungan visual yang dikuasakan oleh dua cip Nvidia Orin X. Sistem ini menawarkan pengendalian autonamous yang dipertingkatkan dengan senario trafik yang kompleks sehingga 1000 jenis traffik. Ketepatan kognitif ini dikatakan melebihi 120% termasuklah keupayaan untuk parkir kereta secara kawalan jauh. Selain semua kehebatan teknologi ini, Zeekr 007 ini dikatakan mempunyai masa pecutan dari 0-100 km/j hanya 2.84 saat dengan varian AWD-nya. Zeekr 007 ini mempunyai 3 varian utama yang membezakannya dari segi pecutan 0-100 km/j, kuasa, tork dan jenis baterinya. Zeekr 007 ini dikatakan kereta elektrik tulen peringkat pertengahan yang mempunyai pecutan terpantas di dunia.

Julat harga Zeekr 007 2025 di China adalah bermula daripada RM129,897 sehingga RM185,594 sahaja. Kita nantikan kemunculan sedan elektrik berkuasa tinggi ini tahun hadapan, apatah lagi kilang pemasangan Geely ini sudah pun ada di negara kita.

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.