Kia bukan jenama yang asing lagi di Malaysia. Dengan reputasinya sebagai jenama Korea mid-range di negara kita, Kia adalah jenama yang semakin dipercayai oleh pengguna kenderaan di Malaysia. Baru-baru ini, Kia telah memperkenalkan model minivan mereka yang terkenal, Carnival untuk tahun 2025. Model hibrid yang diperkenalkan ini menggunakan enjin empat silinder pengecas turbo 1.6 liter, tambahan 72 hp untuk keupayaan motor elektrik dan transmisi automatik enam kelajuan. Gabungan motor elektrik dan enjin 1.6 liter turbo ini memberikan kuasa sehingga 242 hp, suatu keupayaan yang amat baik bagi sebuah minivan yang berkapasiti besar.

Hibrid elektrik minivan ini hanya menggunakan pacuan dua roda hadapan yang menawarkan tahap pemanduan yang baik, keselesaan dan kecekapan pemanduan yang sama seperti model Carnival sebelum ini yang menggunakan petrol sepenuhnya. Carnival dikategorikan sebagai minivan kerana keupayaannya yang mampu membawa ramai penumpang dengan ciri-ciri yang sangat selesa dan mewah. Apatah lagi dengan gabungan sistem hiburan tempat duduk belakang untuk penstriman filem dan rancangan televisyen, dikatakan mampu memberikan keseronokan penumpangnya terutamanya dalam mengharungi perjalanan yang panjang.  

Selain daripada itu, Carnival Hibrid 2025 ini dilengkapi dengan sistem enjin termaju yang pernah dibina oleh Kia terutamanya dari segi keupayaan memecut motor elektriknya. Sistem itu dikenali sebagai E-Ride dan E-Handling yang dikatakan mempunyai ciri gerakan sepontan untuk mengelak sebarang halangan ketika berlakunya kecemasan di jalan raya. Kokpit minivan ini pula adalah sangat moden dan dilengkapi dengan konsol berpusat yang luas dan menawarkan banyak storan item serta infotainment dwi skrin dengan tolok digital istimewa yang memberikan kemudahan akses kepada semua sambungan infotainment dalamannya yang lain. Ruang tempat duduk kulit upholsteri dengan ruang kargo serba boleh yang dilengkapkan dengan bumbung matahari panoramik menjadikan minivan ini mempunyai kelasnya yang tersendiri dan istimewa. Harga minivan ini bermula daripada RM198,500 di Malaysia.

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.