Nissan Juke Hibrid 2025 diperkenalkan oleh Nissan baru-baru ini di luar negara. Rekabentuknya yang dipermajukan daripada rekaan sebelum ini dilihat lebih futuristik dengan beberapa pembaharuan di bahagian luar dan dalamnya. Rekaan gril hadapan dikemaskinikan dengan lebih besar dengan lampu hadapan yang lurus dan kemas, berbanding model Juke sebelum ini yang mempunyai lampu berbentuk bulat yang nampak lebih konvensional. Selain itu, rekaan luaran model baharu ini juga dilihat lebih garang dengan garis-garis tambahan yang sengaja direka untuk menimbulkan lagi bentuk-bentuk ototnya.

Bahagian dalaman Juke ini juga dilihat lebih kemas dengan skrin infotainmen digital yang lebih besar iaitu 12.3 inci berbanding hanya 8 inci untuk model sebelumnya. Tempat duduk hadapannya juga terdapat sedikit perbezaan daripada model sebelumnya dengan tambahan port USB-A dan USB-C, dilengkapkan pula dengan kotak simpanan barang yang lebih luas dengan penutup konsol tengah yang lebih kemas. Selain itu, Juke Hibrid 2025 ini juga mempunyai brek letak kenderaan elektrik serta kamera pandang belakang yang lebih baik.

Model ini menggunakan enjin petrol tiga silinder 1.0 liter pengecas turbo, yang menghasilkan kuasa 113 hp dan 180 Nm tork, dengan transmisi automatik klac berkembar tujuh kelajuan. Harga yang ditawarkan di luar negara adalah di dalam lingkungan RM88,400 sahaja, namun, Nissan Malaysia belum membuat sebarang pengumuman akan kemasukan model ini di Malaysia.

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.