Enjin petrol dan enjin diesel adalah dua jenis enjin yang seringkali digunakan dalam industri automotif tidak kiralah kereta, lori, motosikal dan sebagainya. Sebelum kita melihat perbezaan kedua-dua jenis enjin ini, kita perlu fahami dahulu apakah yang dimaksudkan dengan tork atau kuasa tertentu di mana tork atau kuasa tertentu ini merupakan nilai puncak pada lengkung kuasa tersebut. Ini adalah lengkung titik teratas pada lengkung kuasa atau tork ini yang bermasud apabila enjin berjalan pada RPM tertentu, ia akan menghasilkan kuasa atau tork maksimum di dalam lengkung tadi. Manakala, pada mana-mana RPM lain, kuasa dan tork ini akan terus berkurangan setelah mencapai nilai puncak tersebut.

Oleh itu, enjin yang mempunyai lengkung tork dan kuasa yang lebih rata akan berprestasi lebih baik dalam julat RPM yang lebih luas. Enjin jenis ini akan lebih responsif dan berkuasa daripada enjin yang mempunyai kuasa curam dan keluk tork menjunam (Rujuk pada gambarajah yang dilampirkan).

Di antara enjin petrol dan diesel yang sama kuasa kudanya, enjin petrol akan menghasilkan lebih kuasa berbanding enjin diesel. Ini adalah kerana enjin petrol membakar lebih banyak bahan api daripada enjin diesel selain padat dan mempunyai lejang yang lebih kecil. Di sebabkan hal itu, enjin petrol mampu beroperasi pada RPM yang lebih tinggi daripada enjin diesel.

Namun demikian, nisbah mampatan enjin diesel adalah lebih tinggi dan mempunyai panjang lejang yang lebih panjang. Di sebabkan itu, RPM untuk enjin diesel lebih rendah tetapi tork yang lebih tinggi daripada enjin petrol pada RPM yang sama. Enjin petrol akan mempunyai kuasa yang lebih tinggi berbanding enjin diesel kerana kuasa adalah berkadar langsung dengan RPM. Sebagai contoh, enjin Maruti Suzuku Swift yang mempunyai pilihan enjin petrol empat silinder 1197 cc dan enjin diesel 4 silinder 1248 cc. Enjin petrol suzuki ini menghasilkan kuasa puncak 83 bhp yang lebih tinggi daripada output kuasa puncak enjin diesel iaitu hanya 75 bhp.

Walaubagaimanapun, enjin diesel model ini menghasilkan 190 Nm tork puncak, manakala enjin petrol hanya 113 Nm tork puncak sahaja. Mengikut kajian, tork pada roda boleh ditingkatkan dengan meningkatkan nisbah gear sesebuah kereta kerana kuasa sesebuah enjin tidak boleh ditingkatkan. Memanipulasi nisbah gear ini dikatakan sangat berkesan untuk meningkatkan tork sesebuah enjin walaupun kuasanya tidak besar (Rujukan: Syed Hasan Shirazi, Jabatan Kejuruteraan Awam, University of Science and Technology, Lahore, Pakistan).

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.