Jauh di Eropah Utara, tepatnya di sebuah negara yang dahulunya pernah dikenali sebgaai negara Viking, terdapat satu-satunya enjin yang terbesar dan paling berkuasa yang pernah dibina manusia. Enjin ini dinamakan dengan nama Wartsila RT-Flex96C. Enjin ini bukan sahaja terbesar dan paling berkuasa, malahan turut dikagumi dari segi kecekapan enjin dan inovasi dalam rekabentuk pembinaannya.

Wartsila ialah syarikat Finland yang mempunyai kepakaran dalam merekabentuk dan memproduksikan enjin besar untuk digunakan di dalam kapal dan loji kuasa. Enjin ini menggunakan diesel sebagai bahan api utamanya. Enjin ini mempunyai empat belas silinder utama yang boleh menjana 107,389 HP dengan lebih daripada 7,000,000 Nm tork – sangat berkuasa untuk menggerakkan seluruh bandar kecil jauh ke tengah laut. Selain itu, enjin ini mempunyai berat 2,300 tan, berketinggian 44 kaki dan panjang 90 kaki – lebih kurang seperti bangunan 4 tingkat.

Garis merah untuk enjin ini berada pada 102 RPM dengan tork yang cukup untuk memberikan impak yang sangat berkuasa untuk perjalanan enjin. Setiap daripada 14 silinder yang terbina menghasilkan 5700 kW tenaga yang hanya memerlukan 0.19 Liter diesel sahaja dalam satu kitaran. Walaupun demikian, enjin ini adalah sangat cekap dalam penggunaan tenaga, kurang asap dan sangat menjimatkan bahan api. Enjin ini dibina khas untuk kegunaan kapal kargo Emma Maersk, yang boleh membawa 11,000 kontena perkapalan 20 kaki pada kelajuan 31 knot, manakala kebanyakan kapal lain dalam kelasnya biasanya belayar hanya dengan kelajuan 20 knot sahaja.

Kapal kargo ini kerap mengangkut kargo dari China ke USA yang boleh diihantar empat hari lebih awal daripada pesaingnya. Selain menjimatkan kos, masa juga berjaya dijimatkan dengan cekap. Pada masa ini, terdapat 25 enjin ini telah menjelajah lautan dunia, dan 86 enjin lagi sedang dibina mengikut tempahan. Wartsila terus menambah baik rekaan RT-Flex96C ini dengan pengurangan pemankin SCR untuk mengurangkan pelepasan gas pencemar Nitrogen Oksida sehingga ke tahap 95%. Bayangkan jika enjin yang berkuasa sebegini dikecilkan dan dimasukkan ke dalam binaan automotif, ya, pastinya mampu merentas masa beberapa kali!

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.