Ramai pengguna kenderaan yang mengabaikan kepentingan untuk melihat jumlah perbatuan (mileage) sesebuah kenderaan apabila ingin membeli kenderaan terpakai. Nilai perbatuan sesebuah kenderaan itu bolehlah dikatakan sebagai ‘umur’ kenderaan itu. Contohnya kereta yang berusia 15 tahun dengan nilai perbatuannya hanya 100,000 km adalah lebih ‘muda’ berbanding sebuah lagi kereta yang berusia hanya 5 tahun tetapi telah mencapai nilai perbatuan 250,000 km. Mengapa?

Terdapat banyak risiko bagi kenderaan yang mempunyai jumlah perbatuan yang tinggi ini. Sebagai contoh elemen atau komponen getah yang ada pada sesebuah kereta itu, seperti belting, hose, gasket, weatherstrip dan tayar. Getah tidak boleh bertahan lama dengan suhu yang melampau, cahaya matahari, ozon dan bahan kimia, melainkan jika disimpan di dalam garaj yang tertutup di tempat iklim yang sederhana kerana getah ini mempunyai bahagian venyl yang kering, retak dan rosak dalam masa kurang dari 10 tahun jika terdedah kepada faktor-faktor yang dinyatakan itu. Begitu juga dengan bahagian plastik yang terdapat pada kenderaan moden, komponen logam yang mudah rosak oleh kelembapan yang mengakibatkan karat dan yang lebih teruk, jika kelembapan itu bercampur pula dengan garam (contohnya wap air laut). Hal ini akan lebih menyumbang kepada faktor memendekkan lagi usia kenderaan tersebut.

Penyelenggaraan berjadual yang tidak dilaksanakan dengan baik serta mengabaikan komponen-komponen getah atau plastik di dalam bahagian enjin terutamanya, akan mengakibatkan kenderaan menghadapi banyak masalah sebelum nilai perbatuan kereta mencecah 150,000 km. Dalam hal ini, jenama sesebuah kenderaan hanya menyumbang faktor yang minima sahaja kepada ketahanan kenderaan kerana usia kenderaan tersebut tetap bergantung kepada perbatuan yang ditempuhi oleh sesebuah kenderaan itu.

Selain daripada elemen getah dan plastik yang ada di dalam kenderaan, komponen lain yang mudah haus haruslah diberi perhatian serius terutamanya apabila mahu membuat penyelengaraan kenderaan. Kereta yang melangkaui perbatuan 200,000 km ini tidak boleh dipercayai sepenuhnya terutamanya apabila komponen utama kereta seperti enjin dan transmisinya gagal atau komponen yang lebih kecil mula rosak dengan kerap dan tidak dapat diramal. Perkara seperti isu kegagalan elektrik dalaman, radiator bocor, komponen stereng haus, serta kebocoran minyak yang kecil, adalah lumrah biasa kepada kereta yang melangkaui perbatuan ini. Mengikut statistik, kenderaan buatan Asia (Jepun terutamanya) dilihat lebih tahan lasak berbanding kenderaan buatan Eropah memandangkan pembuatan kenderaan dari Asia ini lebih menitikberatkan keadaan cuaca yang ekstrim dan tidak berubah-ubah. Kesimpulannya, perbatuan kereta yang bakal dibeli ini hendaklah diberikan faktor pemilihan terpenting berbanding kondisi luaran sesebuah kereta itu yang mungkin kelihatan cantik dan sempurna.

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.