Apabila membincangkan perihal kereta klasik, sudah pastilah kita akan terbayangkan kereta-kereta lama yang dibina di ‘Zaman P. Ramlee’ yang sangat ‘rare’ dan jarang dilihat di jalan raya. Namun jangan silap. Setiap kereta klasik ini mempunyai peminatnya yang tersendiri, malahan baru-baru ini, di Melaka, telah diadakan perarakan kereta klasik sebanyak 845 buah sempena bulan kemerdekaan yang sangat memukau para hadirin yang hadir.

Ramai yang tertanya-tanya, mengapakah nilai sebuah kereta klasik ini begitu mahal? Dan adakah pengubahsuaian sesebuah kereta klasik akan menurunkan harganya? Ya, benar secara teori. Namun, jawapan ini bergantung kepada kereta apa yang dimaksudkan, dan juga citarasa seseorang individu peminat kereta klasik ini.

Contohnya sebuah jentera klasik Ford Mustang GT500, standard dengan padanan enjin yang betul, kemudian diubahsuai dengan menukar rekaan pintunya dan bahagian dalamannya digantikan dengan kulit upholsteri murah, pastilah nilai pasarannya akan terjejas kerana tidak banyak GT 500 standard yang masih utuh di pasaran. Kononnya, pengubahsuaian secara drastik daripada versi lama itu akan meningatkan nilai pasarannya, namun sebenarnya akan mengurangkan nilai ‘klasik’ dan sentimental kereta itu secara drastik.

Kereta klasik ini umpama sebuah ‘permata’ yang perlu digilap dan dijaga. Dan ramai yang bersetuju, sesebuah kereta klasik itu akan menjadi lebih bernilai sekiranya tiada pengubahsuaian dilakukan. Lebih-lebih lagi kereta klasik yang ‘rare’ yang sangat susah untuk dilihat di jalan raya biasa. Kereta klasik yang masih kekal cantik dengan keadaan asalnya tanpa pengubahsuaian dikatakan lebih bernilai tinggi malahan sesetengahnya mempunyai permintaan tinggi hingga menyamai harga sebuah kereta baru yang mewah. Namun demikian, masih ada juga peminat kereta klasik yang lebih suka kereta klasik yang sudah diubahsuai terutamanya di bahagian enjin dan transmisinya. Semuanya bergantung kepada minat setiap individu. Kesimpulannya, tidak rugi menyimpan sebuah kereta klasik yang standard sebagai koleksi kerana pada suatu masa nanti, pastinya harganya melambung tinggi sehingga tidak tercapai dek akal.

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.