Aston Martin baru-baru ini telah melancarkan sebuah model Valiant yang menggunakan enjin V12 turbo berkembar yang menghasilkan 735 kuasa kuda, 555 Nm Tork dengan transmisi manual 6 kelajuan. Model ini direka khusus untuk enjin berprestasi tinggi dengan rekaan yang aerodinamik, dengan rekabentuk luarannya yang mampu meningkatkan aliran udara dan dibina sepenuhnya daripada gentian karbon. Manakala, roda magnesium 21 incinya pula dilengkapkan dengan set cakera aero untuk meningkatkan lagi aerodinamik di sekeliling kereta yang diinspirasikan oleh Aston’s RHAM/1 yang berlumba di Le Mans, Italy pada akhir 1970-an. Set brek seramik karbonnya pula berdiameter 16.1 inci untuk brek hadapan manakala 14.1 inci untuk brek belakang.

Model ini mempunyai set peredam MASV (Multimatic Adaptive Spool Valve) yang dikatakan peralatan super mewah yang mampu melaraskan setiap peredam secara serentak daripada satu hingga tiga puluh dua lengkung peredam dalam masa kurang dari 6 milisaat yang selalunya hanya dipasang di Ford Mustang GTD dan Ferrari Purosangue.

Kabin Valiant pula dihiasi sepenuhnya dengan peralatan perlumbaan dengan set tempat duduk Bucket Recaro Podium, kokpit yang diperbuat daripada gentian karbon dengan rekaan Alcantra untuk meningkatkan lagi adrenalin pengguna semasa pemanduan. Unit Valiant ini diproduksikan terhad dengan hanya 38 unit sahaja di mana harga setiap unit bergantung kepada citarasa pembelinya. Purata harga yang ditetapkan adalah sekitar USD 2.5 juta yang akan mula diedarkan di Eropah mengikut tempahan pada suku keempat 2024. Kemunculan kali pertama kereta ini dilihat di Goodwood Festival of Speed di Britain pada 11-14 Julai 2024 yang lepas.

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.