Pengeluar kereta terbesar dunia, Stellantis yang beroperasi di bawah 14 jenama kereta termasuk Fiat, Peugeot, Jeep dan jenama-jenama gergasi yang lain telah mendedahkan bahawa mereka akan melabur USD 6 billion ke dalam pasaran kereta Amerika Selatan untuk membina enjin yang mampu beroperasi secara Bio-Hibrid. Pelaburan ini dikatatakan adalah pelaburan yang terbesar di dalam industri automotif yang menggabungkan teknologi elektrik dan ethanol.

Dikatakan enjin ini menggunakan campuran petrol dan ethanol yang direka khas dalam pembakaran enjin dalaman kereta yang berkeupayaan untuk menukar dua jenis bahan api ini mengikut keperluan kapasiti enjin. Enjin bahan api ini dinamakan sebagai enjin bahan api flex yang direkabentuk dengan ciri hibrid plug-in dengan tambahan hibrid berbeza yang menjadikan enjin lebih fleksibel samada pembakaran bahan api petrol, ethanol atau elektrik.

Ethanol adalah bahan api yang boleh diperbaharui yang dihasilkan daripada tanaman pertanian seperti tebu dan jagung yang akan menjadikannya lebih baik daripada petrol kerana sifatnya yang mesra alam dan menghasilkan karbon yang amat minima semasa pembakaran enjin. Enjin campuran petrol dan ethanol ini dikatakan jauh lebih baik dan cekap selain diperlengkapkan lagi dengan pilihan enjin elektrik. Enjin ini dikatakan mempunyai tiga pilihan utama di dalam satu enjin samada Bio-Hibrid, eDCT Bio-Hibrid dan Bio-Hybrid Plug-in. Enjin ini dikatakan mampu menghasilkan kuasa kuda yang tinggi serta penjimatan bahan api yang maksimum di samping menjaga kelestarian alam sekitar. Mungkin enjin ini mampu menenggelamkan semua jenis enjin di dunia pada suatu ketika nanti.

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.