Bermula 25 Julai 2024, kerajaan telah mewajibkan sebarang transaksi di PUSPAKOM perlu memberikan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) dalam setiap urusannya termasuklah pemeriksaan kenderaan, semakan dan transaksi bayaran dalam talian melalui MyPuspakom. Langkah ini adalah sejajar dengan penguatkuasaan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap sistem invoice elektronik (e-invoice) yang akan bermula pada 1 Ogos 2024 tidak lama lagi. Penguatkuasaan ini adalah bagi menambah baik sistem percukaian Malaysia sedia ada selain meningkatkan ketelusan kewangan pemilik kenderaan.

Nombor Pengenalan Cukai (PIN) adalah pengecam unik yang dikeluarkan oleh LHDN kepada individu dan perniagaan di Malaysia. Bagi individu, nombor pengenalan cukai adalah bermula dengan awalan pengenalan IG yang dahulunya dikenali dengan awalan pengenalan SG atau OG. Puspakom menetapkan setiap pelanggan individu wajib memberikan nombor TIN dan nombor IC (MyKad) mereka, manakala untuk perniagaan, wajib memberikan nombor pendaftaran syarikat, nombor SST serta nombor TIN.

Puspakom juga menegaskan kepentingan untuk mendapatkan nombor TIN sebelum menjadualkan sebarang temujanji di laman web mereka bagi memastikan pemprosesan transaksi bayaran yang lebih cekap dan tepat. Sistem ini juga merangkumi setiap proses pembelian kenderaan tidak kiralah samada kenderaan baru atau kenderaan terpakai. Namun demikian, bagi sesetengah kes seperti pemilik kenderaan yang masih belajar atau bukan warganegara, sebarang proses berkaitan Puspakom akan ditangguhkan buat sementara waktu sehingga diumumkan kelak.

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.