Minyak pelincir adalah seperti makanan untuk sesebuah enjin. Pemilihan minyak pelincir yang sesuai untuk enjin kereta adalah amat penting bagi memastikan semua komponen enjin berfungsi pada tahap yang optimum di dalam setiap pemanduan. Namun demikian, ramai pengguna kereta yang masih tidak mengetahui jenis minyak pelincir yang sesuai untuk kereta mereka. Akibatnya, enjin kereta terutamanya, sentiasa ‘demam’ dan bermasalah. Apakah jenis minyak pelincir yang berada di pasaran?

Umumnya, terdapat tiga jenis minyak pelincir di pasaran Malaysia. Minyak pelincir tersebut adalah jenis minyak pelincir mineral, minyak pelincir semi-sintetik dan minyak pelincir sintetik. Minyak pelincir mineral ini adalah jenis minyak pelincir daripada petroleum mentah tanpa bahan sintetik tambahan dan harganya juga adalah paling murah. 

Namun demikian, minyak pelincir jenis mineral ini, perlu diganti dengan lebih kerap kerana jarak perjalanan yang dicadangkan adalah sekitar 5000 km sahaja. Minyak pelincir jenis ini adalah sesuai untuk digunakan oleh kereta-kereta lama yang tidak memerlukan prestasi tinggi atau kereta yang jarang digunakan.

Minyak pelincir semi-sintetik pula dihasilkan melalui campuran minyak pelincir mineral dan minyak pelincir sintetik. Ia lebih pekat daripada minyak pelincir sintetik penuh dan jarak perjalanan yang dicadangkan adalah sekitar 7000 hingga 8000 km. Minyak pelincir ini menawarkan prestasi yang lebih baik berbanding minyak pelincir mineral dan harga yang lebih murah berbanding minyak pelincir sintetik penuh.

Minyak pelincir semi-sintetik adalah piihan yang paling popular bagi pengguna yang mahukan prestasi kereta yang lebih baik tanpa perlu membayar dengan harga tinggi. Minyak pelincir jenis ini adalah amat sesuai dengan kereta yang digunakan secara harian.

Minyak pelincir sintetik penuh pula dihasilkan sepenuhnya daripada bahan sintetik dan tidak mengandungi sebarang minyak mineral. Minyak pelincir jenis ini tahan lebih lama dan memberikan perlindungan yang terbaik untuk enjin kereta. Jarak perjalanan yang dicadangkan untuk minyak pelincir jenis ini adalah sehingga 10,000 km.

Minyak pelincir jenis ini sesuai digunakan untuk pengguna kereta yang mengutamakan prestasi enjin, memerlukan perlindungan maksimum kepada enjin dan mahukan pengurangan geseran di dalam enjin. Walaupun harganya lebih tinggi berbanding minyak pelincir jenis lain, ia tetap memberikan faedah jangka panjang untuk kereta moden yang dilengkapi dengan enjin yang canggih.

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.