Jaecoo J7 adalah jenama yang sangat baru diperkenalkan di negara kita. Jenama ini merupakan jenama premium yang diketengahkan oleh Chery Corporation Malaysia, di mana Jaecoo J7 ini, diharapkan mampu memberikan saingan yang kompetatif kepada jenama-jenama SUV yang ada di Malaysia. Dengarnya Jaeco J7 ini adalah Land Rover versi Asia. Benarkah begitu?

Berdasarkan maklumat rasmi yang diperoleh daripada Chery Corporation Malaysia, Jaecoo J7 akan dipasangkan di kilang Inokom Kulim, Kedah, dan dijangka akan mula dipasarkan pada 19 Julai 2024 tidak lama lagi. Rekabentuk Jaecoo J7 ini mengambil contoh rekaan Land Rover namun diperbaharui dengan ciri-ciri yang lebih canggih dan dinamik. Jaecoo J7 ini ditawarkan dalam varian pacuan hadapan atau pacuan hadapan dan belakang (AWD), di mana ianya dianggarkan berharga RM 150,000 dan RM 160,000 setiap satunya.

Kedua-dua varian ini dikuasakan dengan enjin empat silinder pengecas turbo 1.6 liter Tiggo 7 Pro yang menghasilkan 197 PS dan 290 Nm tork, di mana model ini hanya memerlukan 8 saat sahaja untuk mendapatkan kelajuan dari 0 km/j hingga 100 km/j. Transmisi yang digunakan pula adalah transmisi dwi-clutch basah tujuh kelajuan, selain menjadikan Jaecoo J7 ini lebih istimewa dengan adanya 7 mod kelajuan iaitu Salji, Lumpur, Pasir, Sport, dan General Off-Road (yang disediakan eksklusif untuk model AWD). Bagi kedua-dua varian, ciri-ciri standard yang diberikan adalah lampu depan LED penuh, roda aloi dua tona warna jenis “Aurora” bersaiz 19 inci, pemegang pintu pop-out dan keyless dengan kawalan menghidupkan enjin jarak jauh.

Di bahagian dalamannya pula, ia dilengkapi dengan butang menghidupkan enjin, tempat duduk upholsteri kulit yang mempunyai kawalan haba dan pengudaraan, kawalan iklim dwi-zon, pencahayaan 64 warna yang berbeza, bumbung panoramik, storan armrest yang mempunyai sistem penyejukan, paparan instrumen potret 14.8 inci, pengecas wireless Qi 50 watt (juga mempunyai sistem penyejukan), sistem bunyi Sony dengan 8 pembesar suara, sistem kamera 360 darjah dan powered tailgate.

Dari segi bantuan pemanduan, Jaecoo J7 ini dilengkapi dengan brek kecemasan autonomi, adaptive cruise control dengan fungsi berhenti dan mula, bantuan pemusatan dan kecemasan lorong pemanduan, sistem pengelakan halangan pintar, sistem amaran perlanggaran belakang, pemantauan titik buta, amaran trafik silang belakang dengan brek secara automatik, amaran front departure, amaran pintu terbuka, auto high beam dan bantuan parkir. Dengan fungsi dan sistem yang sangat dinamik dan canggih ini, Jaecoo J7 dijangka akan menjadi saingan yang sengit untuk model-model seangkatan dengannya.

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.