Catalytic Converter (Tabung Nenas) adalah komponen penting dalam sistem ekzos kenderaan dan fungsi utamanya adalah untuk mengurangkan pelepasan gas-gas berbahaya ke alam sekitar selain memastikan tekanan enjin kereta dalam keadaan terkawal dan selamat. Ramai di kalangan pengguna kereta percaya bahawa mengeluarkan Catalytic Converter ini boleh meningkatkan kuasa kuada (HP) enjin, namun hal ini tidak semestinya benar.

Mengeluarkan Catalytic Converter memang boleh meningkatkan ‘sedikit’ kuasa kuda kereta, namun ia tergantung sepenuhnya kepada ketahanan enjin kereta. Malah, mengalih atau membuang Catalytic Converter ini boleh memberi kesan negatif kepada prestasi kereta kerana ia boleh menyebabkan kereta kita gagal dalam mematuhi standard pelepasan gas atau asap yang digariskan oleh undang-undang Jabatan Alam Sekitar selain akan meningkatkan kebisingan atau hingar yang terhasil daripada ekzos kereta. Pastilah akan mengakibatkan kacauganggu pula kepada orang sekeliling dan sekitaran.

Selain itu, kenderaan moden pada masa sekarang, memang sudah direkabentuk untuk memastikan kefungsian enjin dalam keadaan selamat dan optimum dengan adanya Catalytic Converter tersebut.

Namun jika ia dibuang atau dialihkan, dengan secara tidak langsung boleh menyebabkan komponen lain dalam enjin kereta bekerja lebih keras yang akhirnya berpotensi membawa kepada kerosakan enjin dan penurunan prestasi enjin dalam jangka masa panjang. Kesimpulannya, sebelum melakukan pembuangan Catalytic Converter ini, rujuk dahulu kepada mekanik kereta yang terlatih agar keselamatan enjin kereta sentiasa dalam keadaan terbaik dan selamat.

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.