Apabila kita mendengar perkataan ‘Kereta Terbang’, mungkin ramai yang beranggapan ia lebih kepada fiksyen yang tidak mungkin menjadi kenyataan pada masa sekarang. Namun, fantasi kewujudan Kereta Terbang ini sudahpun berjaya direalisasikan oleh sebuah syarikat pengangkutan dron di China. Pastinya berita ini adalah satu batu loncatan kepada pembangunan Kereta Terbang yang akan terus dikomersialkan pada masa akan datang di dunia.

Kereta Terbang pertama China ini direkacipta oleh sebuah syarikat pembuat kereta elektrik (EV) iaitu Xpeng dengan kerjasama syarikat AeroHT di Beijing. Baru-baru ini mereka telah berjaya menerbangkan  kereta elektrik yang diberi nama X2 daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Daxing untuk terbang ke ibu kota. Penerbangan ini dikatakan boleh bertahan sehingga ketinggian 3000 meter dan mampu bertahan sehingga 40 minit penerbangan untuk sekali cas. Selain itu, Kereta Terbang ini juga tidak memerlukan landasan untuk take-off seperti kapal terbang dan boleh mendarat di mana-mana kawasan lapang.

Penyelidikan ini rupanya sudah bermula sejak tahun 2013 di Guangzhou dan X2 ini sebenarnya sudahpun memulakan penerbangan pertamanya di Dubai pada bulan Oktober 2022 yang lalu. Pameran pandu uji X2 ini bermula pada Khamis (13/06/2024) sehingga Ahad (16/06/2024) baru-baru ini, dan dikatakan Beijing telah merancang tiga laluan udara utama bagi tujuan ini yang menghubungkan kawasan sekitarnya menjelang 2027.

Kereta terbang ini dikatakan sangat praktikal bagi operasi kecemasan, menyelamat, logistik dan penghantaran, pelancongan, kebudayaan, mengatasi kesesakan lalu lintas dan sebagainya.  AeroHT ini juga dikatakan bersaing dengan anak syarikat Zhejiang Geely Holding Group Aerofugia dan Ehang dalam kapasiti mereka untuk menyiapkan tempahan Kereta Terbang mereka untuk penerbangan membawa penumpang autonomi pertamanya di Timur Tengah bulan lalu.

Sokongan padu kerajaan China dalam pembangunan teknologi ini dengan peruntukan kewangan melebihi USD 138 billion menjelang 2026 telah berjaya merancakkan lagi pembuatan dan perkembangan teknologi ini. AeroTH ini dikatakan akan mula menerima tempahan pada suku kempat tahun ini. Adakah Kuala Lumpur ingin mengikuti jejak langkah China pula selepas ini?

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.