Mitsubishi adalah jenama yang tidak asing lagi kepada pengguna automotif di negara kita. Sejarah Mitsubishi ini dalam rekaan kereta Nasional negara memang tidak dapat disangkal lagi.

Mitsubishi bakal memperkenalkan Outlander Plug-in Hybrid SE Ralliart 2024 yang sangat kompak yang direkacipta untuk pelbagai kegunaan dengan cirian pemanduan yang moden. Bahagian luarannya dilihat anggun dengan garisan aerodinamik dan gril hadapan yang unik, dilihat sangat bergaya dan sesuai digunakan untuk pelbagai senario pemanduan.

Model ini menggunakan enjin 2.4 Liter Inline-4 Plug-in Hybrid yang memberikan kuasa sehingga 248 hp pada 5000 rpm dan 450 Nm tork. Manakala, bateri  yang penuh pula mampu bertahan sehingga 61 km sahaja. Enjin model ini dikatakan sangat menjimatkan bahan api dan memberikan prestasi yang optimum di atas jalan raya. 

Kecekapan bahan api dicirikan dengan 3 mod TBC MPGE iaitu Combined, City dan Highway. Bateri 20 kWh yang dibekalkan ini hanya mengambil masa 38 minit masa pengecasan dengan pengecas 440 V. Model ini juga dikatakan sangat mengutamakan keselamatan penggunanya dengan ciri keselamatan yang canggih seperti Collision Mitigation System (CMS) dan Adaptive Cruise Control (ACC).

Selain itu, turut dibekalkan beg udara untuk pemandu, kepala depan, bahagian hadapan, penumpang dan kepala penumpang.

Ruang kabin model ini adalah sangat luas dan selesa dengan pembuatan material sintetik dalamannya yang premium serta susunatur ruangan yang kemas dan dinamik. Kokpit yang berpusatkan pemandu  juga mampu meningkatkan akses dan kawalan mudah kepada pemandu dan penumpang.

Selain itu, model ini menyediakan sistem infotainmnet yang mesra pengguna, dengan skrin sentuh responsif dengan penyepaduan telefon pintar dengan keupayaaan pengecaman suara. Jajan-jajan lain yang turut bakal diberikan termasuklah Cruise Control, Hands-Free Liftgate, Pemanas tempat duduk, Pemanas stering, Keyless Entry, A/C multi zone, Power Driver Seat, Penghidup Enjin Jarak Jauh (RTR), UGDO (Universal Garage Door Opener), Keyless Start dan telematics.

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.