Persaingan kereta sedan boleh dikatakan sangat sengit terutamanya dengan kemunculan sedan-sedan elektrik yang menawarkan harga yang kompetatif sebagai pilihan kepada pengguna. Mazda juga tidak terkecuali dengan model sedan EV dan hibridnya yang sangat futuristik untuk tahun 2025 yang turut memberikan persaingan kepada jenama-jenama lain di negara kita. Mazda 6 Sedan 2025 (EZ 6) yang bakal diedarkan pada penghujung tahun 2024 ini dijangka bakal menjadi pilihan utama kepada pengguna sedan.

Rekabentuk sedan ini yang digabungkan dengan gaya yang menawan, berprestasi tinggi dan futuristik ini selain harganya yang kompetatif, dilihat akan menjadi kegilaan sesiapa sahaja yang memandangnya di jalan raya. Model ini memberikan pilihan kepada pengguna samada varian yang sepenuhnya menggunakan elektrik (EV) atau hibrid (PHEV) dalam keluaran sedannya ini di mana untuk varian EV sahaja mampu untuk bertahan sehingga 600 km tanpa cas dan varian PHEV pula adalah sehingga 999 km. Kuasa kuda untuk kedua-dua model ini adalah 255 hp dan 215 hp masing-masing dengan tork sebanyak 320 Nm.

Rekaan dalaman EZ 6 yang menonjolkan kemewahan dan premium ditambah pula dengan ruang kabin yang luas serta bumbung kaca panoramik dan pintu tanpa bingkai. Rekaan bonet hadapannya yang dilihat agak panjang berotot dan gril yang besar dengan logo Mazda bercahaya di tengah-tengah gril ini, menjadikan EZ 6 ini kelihatan seperti sebuah sport car sedan yang sangat agresif.

Manakala, bahagian sisinya dilengkapi dengan lampu hadapan LED yang garang dan sport rim 19 inci, rekabentuk bonet belakang aerodinamik dengan lampu belakang yang disambungkan dengan garis LED melintang dari kiri ke kanan, pemegang pintu jenis pop out, Adaptive Cruise Control, lane-keep assist dan brek kecemasan automatik, turut melengkapkan lagi kecanggihan EZ 6 ini.

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.