Lotus adalah jenama yang tidak asing lagi bagi penggemar kereta-kereta berprestasi tinggi di Malaysia. Bukan itu sahaja, beberapa keluaran model Proton juga turut mengambil beberapa teknologi Lotus ini dalam pembuatannya terutamanya ride dan handling serta  membaiki kadar NVH (Noise, Vibration dan Harshness) dalam beberapa keluaran modelnya. Jenama buatan Britain ini merupakan kenderaan berprestasi tinggi sebaris dengan jenama-jenama Itali dan Jerman.

Baru-baru ini, Lotus telah mengumumkan model SUV berkuasa elektrik terbarunya yang dijadualkan akan mula diedarkan pada akhir Oktober 2024. Electre S ini dikatakan model SUV EV berkuasa tinggi, premium serba mewah dengan rekabentuknya yang sangat sporty dan dinamik. 

Output yang dikeluarkan oleh Electre S ini ialah 603 hp (450 kW) yang menghasilkan tork sebanyak 710 Nm yang menjadikan masa pecutan jentera ini dari 0 – 100 km/j hanya 4.5 saat sahaja dengan halaju puncaknya sehingga 258 km/j. Jentera ini menggunakan bateri Litium-ion 112 kWh yang mampu bertahan sehingga 600 km tanpa cas, dan jangkamasa pengecasan baterinya hanyalah 20 minit sahaja untuk mendapatkan kuasa bateri sehingga 80%.

Ruang kabin Eletre S ini pula cukup lengkap dengan paparan OLED HD 15.1 inci sebagai infotainment pusatnya, pengecasan telefon tanpa wayar dan kawalan iklim automatik 4 zon untuk keselesaan pemanduan. Sistem maklumat jentera ini pula dibangunkan dengan KEF Audio berkuasa 2160 watt dengan 23 pembesar suara yang menampilkan bunyi sekeliling 3D dan teknologi Uni-Core serta gabungan Dolby Atmos. Eletre S adalah satu-satunya kereta di dunia yang menggabungkan KEF Audio dan Dolby Atmos untuk memaksimumkan keseronokan pemanduan.

Eletre S ini juga disempurnakan dengan Advance Driver Assistant System (ADAS) yang menggunakan 34 sensor dengan 4 daripadanya adalah LIDAR, 7 kamera HD 8MP, ditambah pula dengan 12 sensor ultrasonik untuk memaksimakan faktor keselamatan pemanduan terutamanya jika memandu secara autonamous. Ruang tempat duduk yang direka dengan mementingkan ergonomik pemandu menambahkan lagi keselesaan, disamping cahaya ambien di dalam kabin untuk meningkatkan lagi premium dan kemewahannya.

Anggaran harga bagi Eletre S ini adalah sekitar RM698,000 tanpa insurans.

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.