Seperti yang kita tahu, gelombang kenderaan elektrik (EV) sudah mula mengambil tempat di kalangan pengguna kenderaan di Malaysia. Apatah tidak, kenderaan EV ini dikatakan sangat menjimatkan, mesra alam, malahan pengumuman kerajaan baru-baru ini untuk pengurangan cukai kenderaan EV sehingga 85% telah banyak membuka mata pengguna kenderaan untuk beralih citarasa ke arah kenderaan EV. Proton juga tidak terkecuali.

Baru-baru ini, Proton telah mengetengahkan prototaip sebuah SUV EV barunya yang bakal dirasmikan pada hujung tahun ini, Disember 2024. Proton menggunakan nama e.Mas untuk model ini, di mana ‘e’ bermaksud Electrify manakala ‘MAS’ bermaksud Malaysia dengan ada sedikit perubahan pada logo harimau pada proton tersebut, yang kelihatan lebih canggih dan terbuka.

Mengikut maklumat yang diberikan, rekabentuk kenderaan ini lebih mirip kepada Geely Galaxy E5, dan mungkin ada sedikit pengubahsuaian rekabentuk daripada Proton. Model ini dijangka mempunyai saiz yang agak besar, panjangnya 4615 mm dan lebarnnya 1901 mm, sepertimana saiz Honda CRV dan Tesla Model Y.

Jika dilihat daripada Model Geely Galaxy 5 ini, bateri untuk Proton e.Mas ini dikatakan bercantum terus dengan badannya, di mana kapasiti baterinya terdapat dua varian iaitu bersaiz 49.52 kWh (440 km) atau 60.22 kWh (530 km). Rekabentuk luarannya sangat ringkas namun tetap dilihat sangat premium dan mewah.

Begitu juga ruang kabinnya, didominasikan dengan skrin sesentuh yang besar yang berukuran 14 ke 15 inci, mengunakan cip processor 7 nm, meter digital sepenuhnya dan mungkin akan diperlengkapkan dengan Apple Car Play dan Android Auto. Bahagian stering pula berbentuk T shape dengan kemasan tempat duduk kulit sepenuhnya.

Model EV Proton ini dijangka akan menguasai pasaran automobil negara, selain harganya mampu bersaing dengan model-model EV lain, terutamanya model EV China dan Jepun. Julat harga yang mungkin diumumkan adalah dalam lingkungan RM108,000 hingga RM125,000.

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.