Toyota Veloz sering disamakan dengan Perodua Alza kerana rekabentuknya yang hampir sama dipasang dipasang di Kilang Perodua Rawang. Bolehlah dikatakan Toyota Veloz ini adalah adik beradik kepada Perodua Alza. Namun demikian, perbezaan harganya berbanding Alza adalah dalam julat RM20,000 yang mungkin dilihat ‘agak’ mahal sedangkan teknologi enjin dan rekabentuknya hampir sama, dan tidak kurang juga, ramai pengguna yang merasakan RM20,000 itu adalah harga jenama yang dibawa oleh Veloz. Adakah berbaloi untuk wang kita?

Walaupun rekaan Veloz mirip seperti Alza, bahagian luarannya mempunyai banyak perbezaan jika dilihat dengan lebih teliti. Bonet hadapan Veloz ini kelihatan lebih kompak (facelift) dengan grill heksagon yang dilengkapi dengan kemasan crome sehingga ke bahagian bonet belakang. Lampu hadapan model ini juga kelihatan lebih tajam yang dilengkapi dengan Radian Led Daylight yang tidak ada pada Alza. Manakala lampu belakang Veloz bersambung terus dari lampu kiri dan kanan secara melintang yang hanya dipisahkan dengan logo Toyota. Veloz juga mempunyai lebihan ketinggian sebanyak 30 mm berbanding Alza dan dilengkapi rim 17 inci yang menjadikan ia kelihatan lebih tegap dan berotot, yang menjadikannya seperti MPV Crossover.Terdapat pilihan dua tone warna untuk luarannya.

Rekaan dalaman Veloz pula dilengkapi dengan keyless di bahagian kedua-dua pintu pemandu dan penumpang dengan tempat duduk semi-leather dan boleh memuatkan 7 orang dewasa termasuk pemandu. Selain itu, Veloz mempunyai stering teleskopik yang tidak ada pada Alza, infotainment 9 inci, meter dashboard 7 inci, pengecasan tanpa wayar, kamera 360 darjah, dashcam, apple carplay dan android auto. Bahagian dalaman Veloz ini turut di premiumkan dengan kehadiran cahaya ambien di kokpitnya. Selain itu, tempat duduk paling belakang boleh direbahkan dengan sempurna 180 darjah untuk dijadikan bonet yang sangat besar.

Bahagian enjin Veloz adalah sama sepertimana Alza dengan 1.5 L DOHC dengan 106 PS pada 6000 RPM serta 138 NM Tork pada 4200 RPM dan mempunyai 7 kelajuan CVT. Mempunyai mode eco, normal dan sport untuk pilihan jenis pemanduan selain dilengkapi dengan Toyota Safety Sense 3.0 dengan tambahan telematic system yang berfungsi seperti GPS tracker. Jadi, adakah berbaloi untuk tambahan RM 20,00 untuk semua spesifikasi yang diceritakan di atas? Tepuk dada tanya selera.

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.