Berita baik bagi penggiat automotif Bumiputra. Terkini, kerajaan telah mengumumkan tender terbuka untuk mana-mana syarikat Bumiputra termasuk yang tidak pernah menceburi bidang automotif, untuk memohon untuk dilantik sebagai syarikat AP Terbuka bagi menceburi bidang pengimportan dan penjualan kenderaan bermula 1hb Julai 2024 ini.

Kementerian  Perdagangan, Pelaburan dan Industri (MITI) mengumumkan berita baik ini hari ini selaras dengan usaha kerajaan dalam meningkatkan ketelusan dan keterangkuman dalam pemberian AP Terbuka. AP seperti yang kita sedia maklum merupakan lesen import dan eksport yang dikeluarkan oleh kerajaan berdasarkan Akta Kastam 1967, manakala AP Terbuka pula biasanya digunakan oleh pengimport untuk mengimport kenderaan mewah terpakai (recond) yang dijual semula dengan harga yang lebih rendah berbanding yang dipasang di dalam negara.

Selaras untuk mewujudkan syarikat Bumiputra yang berdaya saing di samping menggalakkan syarikat-syarikat Bumiputra untuk menceburi bidang automotif ini, pemberian AP Terbuka ini diharap mampu memacu dominasi Bumiputra di dalam bidang automotif yang semakin rancak pada ketika ini. Terdapat empat syarat utama untuk kelulusan permohonan ini iaitu berstatus sendirian berhad, pemilikan 100% Bumiputra, mempunyai modal berbayar minimum RM 1 juta, dan sedang beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun. Garis panduan, senarai semak dan borang permohonan bolehlah dirujuk di laman web rasmi MITI.

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.