RON97 dikenalI sebagai petrol yang paling mahal di Malaysia. Harga petrol jenis ini di Malaysia adalah RM3.47 seliter, iaitu RM1.42 lebih mahal daripada RON95. Dalam minda kebanyakan pengguna kenderaan, RON97 adalah jenis petrol yang berkualiti tinggi dan sangat baik untuk apa sahaja enjin kenderaan. Benarkah demikian?

RON adalah singkatan untuk Research Octane Number yang didefinasikan sebagai kebolehrintangan minyak petrol terhadap knocking. Manakala knocking pula adalah kejadian letupan tidak terkawal yang terjadi di dalam kebuk pembakaran enjin. Letupan inilah yang memberikan samada kuasa positif atau negatif kepada enjin kenderaan. Penggunaan RON yang sesuai ini adalah bergantung kepada nisbah mampatan enjin, samada mampatan tinggi atau mampatan rendah. Dan sekiranya nisbah mampatan enjin itu adalah tinggi, maka RON yang terbaik untuk enjin ini ialah RON97 atau RON100.

Enjin yang menggunakan induksi paksaan seperti Supercharger (SC) atau Turbocharger (TC) adalah jenis enjin yang paling sesuai menggunakan RON97. Ini adalah kerana jenis enjin ini lebih terdedah kepada berlakunya knocking di sebabkan angin yang memasuki enjin bertekanan dan bersuhu tinggi. Jadi, penggunaan RON97 dalam enjin jenis ini boleh mengurangkan dan mengelakkan berlakunya kejadian knocking yang boleh merosakkan komponen enjin.

Namun demikian, enjin-enjin moden sekarang sudahpun dilengkapkan dengan ECU yang mampu membaca knocking ini seterusnya dapat  mengawal nisbah mampatan enjin. Jadi, tidaklah menjadi masalah besar kepada enjin-enjin normal samada menggunakan RON97 atau tidak. Melainkan enjin-enjin TC/ SC, memang digalakkan menggunakan RON97 untuk meminimakan impak knocking kepada enjin.

Jadi, kenderaan ANDA perlu 97 atau 95?

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.