Apabila kita membincangkan tentang kereta mesra alam atau kereta teknologi hijau, kita sering terfikir berkenaan kereta berkuasa elektrik ataupun kereta hidrogen. Ini yang selalu kita bayangkan. Namun, pernahkah kita terbayangkan kereta solar? Dan pernahkah kereta ini diciptakan oleh mana-mana pengeluar kereta di dunia?

Ya, pada tahun 2022, sebuah syarikat di Belanda yang dikenali sebagai Lightyear, berhasil mencipta sebuah kenderaan elektrik yang menggunakan tenaga solar sepenuhnya. Kenderaan ini yang dikenali dengan nama Lightyear 0, merupakan model kereta solar pertama yang mampu bertahan berbulan-bulan tanpa pengecasan dan dijual dengan harga RM 1.15 juta, dan Lightyear merancang untuk menghasilkan lebih seribu unit di kilang pembuatannya di Valmet Automative Ohj, Finland dan mendapat tempahan yang menggalakkan.

Secara ringkasnya, Lightyear 0 ini dilengkapkan dengan motor elektrik untuk setiap rodanya, di mana setiap motor elektrik ini menghasilkan kombinasi 174 kuasa kuda (hp) dan 1,269 tork, di mana untuk mencapai dari 0-100 km/j hanya mengambil masa 10 saat sahaja. Dengan rekaan aerodinamiknya, Lightyear 0 ini dilengkapkan dengan interior yang moden dengan penggunaan material mikrofiber dan kulit lembut dengan perincian rotan palma. Bahagian dalaman kereta ini juga mempunyai sistem infotainment 10.1 inci skrin sesentuh Android Auto.

Rekaan bumbung kereta berkenaan adalah sepenuhnya panel solar yang melengkung dan merentasi penutup enjin kereta, serta mampu dipandu selama dua bulan tanpa perlu dicas (625 km) dengan tambahan julat pemanduan 70 km bagi setiap hari dedahan kepada matahari.

Syarikat ini dikatakan sedang merancang untuk mengeluarkan model kereta solar keduanya, Lightyear 2, yang dirancang akan dijual pada harga RM 138,699 sahaja, jauh lebih murah daripada model pertamanya. Lightyear 2 dijangka akan mula dijual pada tahun 2025 dan sudahpun mendapat tempahan daripada syarikat LeasePlan Corp NV dan MyWheels di Belanda.

Apa pendapat anda? Mungkin inilah jenis kereta yang paling sesuai digunakan di Malaysia kerana iklim negara kita panas dan hujan sepanjang tahun. Sudah bersedia untuk perubahan teknologi?

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.