Ativa adalah salah sebuah SUV yang menjadi pilihan ramai sejak dilancarkan secara rasmi 2 tahun lalu. Penyebab utamanya adalah kerana teknologi canggih yang menjadi ‘jajan’ utama bagi SUV ini serta rekabentuknya yang dilihat sangat stabil dan agak berotot. Selain ciri utamanya sebagai Perodua pertama yang menggunakan cas Turbo dan CVT, ia dilengkapkan dengan enjin 1.0 Liter Turbo DOHC tiga silinder yang menawarkan 98 kuasa kuda (hp) dengan tork puncaknya 140 Nm.

Faktor keselamatan menjadi perkara paling utama untuk model ini. Ativa dibekalkan dengan ciri Perodua Smart Drive Assists (PSDA) yang merangkumi Bantuan Pemanduan Selamat (ASA 3.0), Driving Assist, Parking Assist dan Headlamp Assist. ASA 3.0 ini amat membantu pemanduan untuk mengesan sebarang halangan pada kelajuan 120 km/j untuk kenderaan dan sehingga 60 km/j untuk pejalan kaki dan penunggang motosikal, serta amat membantu pemanduan pada waktu malam dan pada jarak penglihatan yang terhad.

Selain ciri-ciri canggih di atas, Ativa merupakan keluaran Perodua yang kelima mempunyai kecekapan penggunaan bahan api sehingga 18.9 km/l. Boleh dikatakan sangat menjimatkan wang poket anda. Ruang dalamannya juga tidak kurang hebatnya. Dengan varian H dan AV, Ativa didatangkan dengan Adaptive Driving Beam, paparan pelbagai maklumat info TFT tujuh inci, dan skrin sesentuh infotainmen 9 inci dengan pengesanan suara.

Rekaan lampu depan LED pintar dengan Sequential Side Turn Signal yang kebiasaannya terdapat pada kereta-kereta premium turut didapati pada model ini. Ditambah pula dengan Rim Aloi bilah 17 inci serta rekabentuknya yang kompak dan segak ini, menjadikan Ativa sebagai pilihan utama penggemar SUV kereta buatan tempatan. Harga rasmi yang ditawarkan bermula daripada RM 61,500 sahaja. Sila kunjungi pusat jualan perodua di seluruh negara untuk merasai pengalaman pemanduan model ini sekarang. 

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.