10 Jun 2024, adalah hari pertama penguatkuasaan penarikan subsidi Diesel di seluruh Semenanjung Malaysia. Penarikan subsidi oleh kerajaan ini sedikit sebanyak akan membawa impak kepada pengguna kenderaan diesel di negara ini khasnya. Namun demikian, langkah kerajaan dengan mewujudkan Skim Subsidi Diesel dijangka mampu menjadi penyelesaian jangka pendek dan jangka sederhana kepada para pengguna Diesel di seluruh Semenanjung Malaysia, manakala Sabah dan Sarawak tidak terkesan dengan penarikan subsidi ini.

Harga Diesel sebelum penarikan subsidi ini adalah RM 2.15 seliter, berbanding selepas penarikan subsidi, harga Diesel menjadi RM 3.35 seliter iaitu kenaikan sebanyak RM 1.20 seliter. Walaupun penarikan subsidi Diesel ini dilaksanakan oleh kerajaan, harga Diesel negara kita masih lagi dalam kategori rendah jika dibandingkan dengan negara-negara serantau.

Sebagai perbandingan, harga Diesel di Singapura adalah paling tinggi iaitu RM 8.79 seliter, diikuti Myanmar (RM 5.40 seliter), Phillipines (RM 4.75 seliter), setersnya Cambodia  (RM 4.64 seliter), Laos (RM 4.56 seliter), Indonesia (RM 4.43 seliter), Thailand (RM 4.24 seliter) dan Vietnam (RM 3.69 seliter). Hanya Brunei sahaja yang mempunyai harga yang paling rendah berbanding Malaysia dan seluruh ASEAN iaitu RM 1.09 seliter sahaja. Diharapkan skim subsidi bersasar ini mampu meningkatkan lagi ekonomi negara seperti yang dirancang kerajaan.

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.