PROTON X50 yang mula dilancarkan pada tahun 2020 merupakan SUV yang semakin diyakini dan menawan hati pengguna jalan raya di Malaysia di mana pada tahun 2023 direkodkan bahawa jualan X50 telah menjangkaui sasaran melebihi 110,000 unit.

Baru-baru ini, Proton memperkenalkan varian baru X50 versi Facelift 2024 yang lebih mengancam dan memukau peminat-peminat X50. Spesifikasi keseluruhan X50 tahun 2024 ini tetap tidak berubah sepertimana versi yang sebelum ini yang menggunakan 1.5 liter enjin cas turbo 3-silinder dengan 150 PS dan tork 226 Nm, selain versi  premium yang masih mengekalkan unit TGDi denagn 177 PS dan tork 225 Nm.

PROTON turut melakukan perubahan ketara kepada tahap kebisingan, gegaran dan kekasaran (NVH) melebihi 20 lokasi keseluruhan badan utama versi ini bagi meminimakan kebisingan luaran terutamanya daripada jalan dan angin sepanjang pemanduan. Selain itu, perubahan yang signifikan juga dilakukan kepada kamera 360, di mana kamera yang dirakam terlihat lebih jelas dan terdapat penambahan ‘3D live Feed’ di mana imej kenderaan 3 dimensi turut dipaparkan dengan lebih jelas.

Proton menjangkakan versi X50 2024 ini akan menjadi lebih kompetetif berbanding versi yang sebelumnya.

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.