Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan, YB Antony Loke telah mengumumkan kadar cukai jalan yang sangat menggembirakan pengguna kenderaan elektrik di Malaysia. Pengurangan sehingga 85% daripada cukai sedia ada adalah satu inisiatif TERBAIK kerajaan dalam menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan kenderaan elektrik demi melestarikan alam sekitar.

Penggunaan kenderaan elektrik adalah tidak asing lagi di negara-negara maju. Contohnya seperti kereta BMW iX xDrive 40 Sport, kadar cukai tahunan sebelum ini adalah RM 3063 setahun berbanding pengguna kereta elektrik mewah ini hanya perlu membayar RM 365 setahun sahaja selepas penguatkuasaan!

Pengurangan yang sangat ketara ini adalah satu anjakan paradigma yang dipuji oleh rakyat Malaysia secara amnya. Kaedah pengiraan bayaran cukai ini adalah berdasarkan kuasa motor elektrik dalam unit kW. Semakin besar kuasa motor elektrik sesebuah kenderaan, maka semakin mahal pula cukai jalan yang perlu dibayar. Contohnya jika anda menggunakan Porsche Taycan Turbo GT yang berkuasa 760 kW, maka cukai yang perlu anda bayar adalah RM 6715 setahun (dibandingkan sebelum pengurangan cukai ini adalah RM 17 494 setahun). Bak kata pepatah, besar periuk besar pulalah keraknya.

Jadi, jika anda mampu menggunakan kereta mewah tersebut, maka tidak menjadi masalah besar kepada anda untuk membayar cukainya pula. Kerajaan akan menguatkuasakan cukai baharu ini dijangka bermula pada Januari 2026. Sehingga itu, tarif cukai semasa terus digunapakai. Dijangka kenderaan elektrik akan lebih banyak menghiasi jalan-jalan Malaysia selepas ini.

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.