Jenama Honda adalah tidak asing lagi dalam memperkenalkan model-modelnya yang seperti ‘goreng pisang panas’ setiap kali memasuki pasaran negara ini. Baru-baru ini, Honda Malaysia telah melancarkan Honda City Hatchback versi ‘Facelift’ terbarunya yang cukup mengancam dan menawan.

Dengan rekaan dinamik dan agresif, rekaan terbaru Honda ini menampilkan lima varian dengan mengetengahkan dua varian yang utama iaitu varian e:HEV RS atau DOCH i-VTech dengan menampilkan grill depan dan bawah honeycomb dan bumper yang lebih sporty dengan tambahan front fog garnish-nya.

Rekaan ini turut deserlahkan dengan tambahan bumper belakang bawah dengan hiasan side sill yang anggun dilengkapkan dengan roda aloi 16 inci berlina black yang menyerlahkan lagi rekabentuk elegannya. Varian ini turut mendominasikan model di dalam kelasnya apabila ia dikuasakan dengan enjin 1.5 Liter e:HEV atau DOHC i-Vtec yang menghasilkan sehingga 121 PS output maksimum dengan tork sehingga 253 NM.

Bahagian kabin kedua-dua varian ini turut menawarkan paparan infotainment 8 inci dengan sambungan Apple Car Play  atau Android Auto secara wireless. Honda SENSING yang dilengkapkan dengan LCDN (Lead Car Departure Notification System) sebagai ciri keselamatan yang dipermajukan, selain beberapa ciri canggih yang dilengkapkan untuk model ini termasuklah ACC (Adaptive Cruise Control), FCW (Forward Collision Warning), CMBS (Collision Mitigating Braking System), LKAS (Lane Keep Assist System), RDM (Road Departure Mitigation), LDW (Lane Departure Warning) dan AHB (Auto High Beam).

Model ini dijangka akan menarik golongan muda dan profesional yang mementingkan keseimbangan di antara kecanggihan, perincian dan keyakinan di dalam perjalanan harian mereka. Tanda harga bagi model ini bermula daripada RM 85,900 sahaja, dan tempahan sudahpun dibuka bagi pencinta-pencinta Honda di Malaysia.

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.