Setelah memperkenalkan tiga model baharu tahun ini, Honda Malaysia akan melancarkan model keempat dan terakhirnya pada 2023 iaitu Honda CR-V generasi keenam serba baharu. SUV berorientasikan keluarga itu dibuka untuk tempahan bulan depan, menampilkan bahagian luaran dan dalaman yang lebih premium serta rangkaian kuasa hibrid baharu.

Buat pertama kali CR-V akan tersedia dengan talaan enjin berkuasa hibrid dalam bentuk e:HEV RS. Kuasa motor elektrik menghasilkan 181hp dan 335Nm yang memacu roda hadapan bersama enjin petrol 2.0 liter, yang bukan sahaja berfungsi sebagai penjana tetapi juga boleh memandu kereta pada kelajuan lebih tinggi dengan penggunaan kuasa yang lebih cekap.

Bagi mereka yang berminat dengan model baharu CRV 2023 ini, Honda Malaysia akan mengadakan preview CR-V di 12 pengedar sah di seluruh Semenanjung Malaysia dari 17 November hingga 10 Disember 2023 yang meliputi pengedar seperti disenaraikan di bawah.

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.