PROTON melancarkan model terbarunya di yang diberi nama Proton S70 serta tagline “Intelligence that Evolves”. Sedan baharu ini dilengkapi teknologi keselamatan terkini bersama enjin turbo 1.5L dan tramissi 7-kelajuan DCT.

Menurut sumber, rekaan asal kereta ini menggunakan model kereta Geely Emgrand dan telah direka semula dengan memasukkan DNA Proton ke dalam kereta sedan ini yang berada di antara segmen B dan C. Ini menguatkan lagi dakwaan di mana, sebuah kereta camouflage yang sedang diuji dilihat oleh orang awam menggunakan model Geely Emgrand.

Rekaan gril hadapan telah menggunakan vertical slats dengan rekaan Infinite Weave yang menjadi ‘trademark’ PROTON sejak model Proton X70 lagi. Manakala pada bahagian bumper hadapan pula, ia masih mengekal rekaan yang sama pada Geely Emgrand.

Bahagian dalaman Proton S70 datang dengan paparan skrin infotainment, digital instrument kluster dan stereng lengkap dengan fungsi butang pelbagai. Ruangan kabin nampak lebih premium dan eksklusif dengan tekstur kulit pada beberapa bahagian sesuai dengan permintaan terkini.

Sudah pasti peminat Proton menjangkakan harga model S70 ini lebih murah dan mampu milik untuk rakyat Malaysia berbanding model lain yang seangkatan dengannya. Walaubagaimanapun, untuk mengetahui harga sebenar kita perlu tunggu kenyataan rasmi PROTON.

Tak mustahil kereta sedan ini akan menjadi rebutan ramai, kan? Tempahan sudah dibuka, kepada yang berminat boleh berhubung dengan Sales Advisor Proton hari ini!

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.