Honda Malaysia telah melancarkan model Civic Type R Serba Baharu ditawarkan pada harga RM399,900 untuk pasaran Malaysia.

Hanya19 unit ditawarkan untuk tahun ini (2023) dan ia adalah model paling berkuasa yang berada dalam barisan model Honda di negara ini yang dihasilkan daripada DNA perlumbaan dan model Civic Type R ini mula diperkenalkan pada tahun 2007 di Malaysia.

“Sudah lebih 600 pemilik Honda Civic Type R di negara ini yang menawarkan model hot-hatch prestasi sesuai untuk jalanan atau litar perlumbaan,” Kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura pada hari pelancaran.

Model Type R terbaharu ini tampil dengan ciri lebih aerodinamik dengan gril hadapan dan kemasan sisi yang direka bagi aliran angin lebih baik termasuk spoiler belakang aluminium dipadankan dengan rim bersaiz 19 inci. Ia juga dilengkapi ciri kesemalatan aktif tambahan Honda Sensing.

Enjin 2.0L VTEC Turbo menghasilkan sebanyak 319PS dan 420Nm tork bersama empat mod pemanduan boleh ubah iaitu COMFIRT, SPORT, +R dan INDIVIDUAL. Rekod kelajuan 0 hingga 100km dicatatkan dalam tempoh hanya 5.5 saat.

Hanya satu warna sahaja ditawarkan oleh Honda Malaysia iaitu Championship White.

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.