Honda Malaysia telah melancarkan model baharu Honda City dengan lima varian, menampilkan bahagian luaran yang lebih menarik dan ciri-ciri terkini, dengan harga antara RM84,900 dan RM111,900.

“City generasi ke-5, yang diperkenalkan pada 2020, meningkatkan lagi segmen B berikutan Malaysia adalah negara pertama di dunia yang melancarkan varian e:HEV RS,” katanya Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Hironobu Yoshimura pada pelancaran New Honda City.

Honda Malaysia menyasarkan untuk mencapai jualan bulanan sebanyak 2,400 unit model tersebut selepas pelancarannya hari ini. 

Model baharu itu dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan Honda Sensing termaju Honda; ciri standard untuk semua varian yang terdiri daripada fungsi keselamatan, termasuk sistem brek pengurangan pelanggaran dan pengurangan pelepasan laluan, beserta sambungan telefon pintar, dengan Honda Connect sebagai ciri termaju standard. 

New Honda City boleh didapati dalam lima warna iaitu Ignite Red Metallic, Platinum White Pearl, Lunar Silver Metallic, Meteoroid Gray Metallic dan Crystal Black Pearl 

Bagi varian bukan RS, pelanggan boleh memilih untuk melengkapkan New Honda City mereka dengan Honda Connect pada harga istimewa RM1,500 sehingga Januari 2024. 

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.