Lexus LM MPV adalah sebuah MPV yang dikategorikan paling premium di dalam kelasnya. Lexus LM MPV ini amat mudah dikenali dengan gril radiator yang besar dan berkilat dengan rekaan yang super canggihnya. Lexus LM MPV ini ditawarkan dengan 4 dan 7 tempat duduk, di mana model 4 tempat duduk adalah yang paling mewah dan berprestasi tinggi. Varian 4 tempat duduk dikenali dengan nama LM 500h di mana jumlah sistem outputnya adalah 371 hp dan 460 Nm tork dengan masa yang diperlukan untuk 0-100 km/j hanyalah 6.9 saat sahaja. Manakala bagi varian 7 tempat duduk pula dikenali dengan nama LM 350h dengan jumlah sistem outputnya adalah 250 hp dan 239 Nm tork dengan masa 9.1 saat untuk pecutan dari 0-100 km/j.

Di dalam kabin MPV ini lengkap dengan ciri-ciri premium dan kemewahannya bagaikan seorang ‘Raja’ termasuklah paparan monitor 48 inci, peti sejuk, ruang penyimpanan berasingan, sistem pemanasan dan penyejukan yang canggih untuk melaraskan suhu pada muka, badan dan kaki. Manakala dari segi suspensi, Lexus LM ini dilengkapi dengan AVS Suspension dengan Frequency-Sensitive Piston Valve, di mana ia akan mewujudkan pemanduan yang lebih lancar dan senyap.

Lexus LM ini dilengkapi dengan ciri keselamatan Lexus Safety System+ yang terbaharu, yang merangkumi ciri-ciri keselamtan lanjutan seperti Amaran Pra-Perlanggaran, Bantuan Brek Pra-Perlanggaran, Brek Pra-Perlanggaran, Dynamic Radar Cruise Control, Lane Departure Alert dan Sistem Responsif Pemanduan Abnormal. Harga yang ditawarkan untuk varian 4 tempat duduk adalah RM 1,468,000.00 dan untuk varian 7 tempat duduk pula ialah RM 1,228,000.00. Tempahan sudah pun dibuka di mana-mana pusat jualan Lexus berhampiran anda.

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.