Pada hujung bulan Julai 2024 yang lepas, Mercedes-Benz Malaysia telah memperkenalkan empat model EQ terbarunya kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Dato’ Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Langkah strategik ini adalah bagi memberikan pendedahan kepada agensi kerajaan tersebut untuk merasai kemewahan dan kecanggihan teknologi elektrik termaju jenama tersebut. Inisiatif ini adalah bagi menyahut seruan kerajaan untuk mencapai Perlepasan Karbon Sifar menjelang tahun 2050 sebagai komponen utama Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).

Pengenalan 4 model EQ ini kepada MITI menurut Ketua Pegawi Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia, Amanda Zhang, mampu membantu kerajaan dalam menyumbang persekitaran yang lebih bersih selain memacu pertumbuhan ekonomi dalam industri automotif di Malaysia. Menurut Amanda lagi, Mercedes-Benz juga akan memastikan keluaran kereta baru mereka pada masa akan datang lebih fokus kepada neutral karbon menjelang tahun 2039, bergantung kepada keadaan pasaran dan keperluan pelanggan mereka. Empat model Mercedes-Benz EQ yang dibentangkan kepada MITI ialah EQS 500 4Matic, EQS 580 4Matic SUV, Mercedez-AMG EQS 53 4Matic+ dan EQE 500 4Matic SUV.

EQS 500 4Matic ialah sedan S-Class elektrik sepenuhnya yang dipasang di kilang pemasangan mereka di Pekan, Pahang yang dikuasakan dengan AWD dwi-motor yang menghasilkan kuasa maksimum 449 PS dan 855 Nm tork puncak. Manakala jarak pemanduannya pula adalah sejauh 695 km. SUV EQS 580 4Matic pula adalah elektrik sepenuhnya dengan gabungan ciri-ciri EQS di dalam SUV. SUV ini dikatakan mampu menghasilkan 544 PS dan 858 Nm tork, dengan jarak perjalanan pula untuk sekali cas adalah sehingga 615 km.

Mercedes-AMG EQS 53 4Matic+ pula ialah versi EQS berprestasi tinggi, dengan kuasa 658 PS dan 950 Nm tork dengan jarak pemanduan sehingga 585 km sekali cas. Seterusnya model yang ke-empat adalah EQE 500 4Matic SUV yang mampu menjana kuasa sehingga 408 PS dan 858 Nm tork dengan jarak perjalanan sehingga 552 km dalam setiap pengecasan.

Semua model Mercedes-Benz EQ ini dilengkapi dengan sistem infotainmen tercanggih dengan paparan antara muka intuitif, penyepaduan telefon pintar yang lancar dan beberapa ciri termaju yang direka khas untuk meningkatkan keselesaan dan keselamatan penggunanya.

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.