BYD adalah nama yang tidak asing lagi bagi peminat kenderaan EV di Malaysia. BYD dikenali sebagai saingan utama bagi Tesla terutamanya dari segi harga dan teknologi yang ditawarkan. Terdapat tiga varian utama yang diperkenalkan oleh BYD Seal iaitu Dynamic, Premium dan Performance. Setiap satu varian mempunyai masa pecutan dari 0-100 km yang berlainan iaitu 7.5 saat, 5.9 saat dan 3.8 saat masing-masing. Varian asas bagi model ini adalah BYD Seal Dynamic yang mempunyai kuasa kuda 201 hp dan jarak perjalanan untuk sekali pengecasan ialah 460 km.

Varian Dynamic mempunyai saiz roda 18 inci, manakala dua varian lainnya mempunyai saiz roda 19 inci. Manakala Dynamic menampilkan tetapan pacuan roda belakang (RWD) untuk memberikan tork 310 Nm dengan output motor elektriknya hanya 150 kW sahaja. Berlainan dengan Seal Premium dengan motor 230 kW yang menghasilkan 309 hp dan tork 360 Nm; dan untuk varian yang lebih tinggi iaitu Seal Performance yang dilengkapi dengan dua motor mempunyai jumlah output 390 kW yang mampu menghasilkan kuasa kuda sebanyak 523 hp dengan tork 670 Nm.

Kelajuan pengecasan DC untuk Seal Dynamic adalah terhad kepada 110 kW manakala untuk dua varian lainnya adalah 150 kW. Harga permulaan yang ditawarkan on-the-road (OTR) bagi Seal Dynamic ialah dalam lingkungan RM 160,000 hingga RM 170,000 sahaja; manakala untuk varian Premium adalah RM 180,430 dan varian Performance pula hanya RM 200,430.

Dengan rekabentuk luaran dan dalamannya yang sangat menawan dan sporty, BYD Seal ini bakal menjadi pilihan pengguna sedan elektrik di Malaysia dan pengedar rasmi untuk jenama ini di Malaysia ialah Sime Darby Motors. Tempahan sudahpun dibuka di pusat jualan BYD yang berdekatan.

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.