Lesen B2 dan B1 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia, merupakan lesen yang penting bagi membolehkan pengguna motosikal membawa motosikal di jalan raya. Terdapat dua jenis kategori utama untuk lesen ini iaitu B2 dan B Full. Yang membezakan antara kedua-dua jenis lesen ini adalah Cubic Capasity (CC) sesebuah motosikal yang dibenarkan untuk ditunggang. B2 terhad untuk 250 cc dan ke bawah; manakala B Full, adalah lebih daripada 250 cc.

Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan, YB Antony Loke, telah membuat pengumuman bahawa lesen motosikal B2 boleh dinaik taraf secara automatik ke B Full bermula pada bulan Oktober tahun ini. Namun demikian, terdapat empat syarat utama yang wajib dipatuhi. Syarat yang pertama ialah, penunggang motosikal perlu memiliki lesen B2 atau B1 secara aktif tidak kurang dari sepuluh tahun. Aktif yang dimaksudkan di sini ialah lesen tersebut sentiasa dihidupkan setiap tahun selama minimum 10 tahun berturut-turut.

Syarat yang kedua pula ialah, penunggang motosikal ini perlulah bebas daripada sebarang senarai hitam jalan raya, tunggakan saman, apa sahaja sekatan urus niaga, tidak mempunyai sebarang rekod jenayah berat atau tidak ada sebarang isu yang belum diselesaikan di bawah Akta 333 iaitu Akta Pengangkutan Jalan (pindaan 2013).

Syarat yang ketiga pula ialah pengguna motosikal ini mestilah sihat tubuh badan, fizikal dan minda, di mana, pengguna perlulah membuat pengesahan kesihatan di mana-mana hospital atau klinik berdaftar. Dan syarat yang terakhir ialah pemegang lesen ini wajib lulus  program pengalihan dan penyesuaian di sekolah memandu termasuk menjalani latihan amali 2 jam dengan bayaran RM160 sahaja (bayaran RM150 kepada sekolah memandu, manakala RM10 kepada JPJ).

Jika, pengguna motosikal memenuhi keempat-empat syarat ini, lesen B2 bolehlah dinaik taraf kepada B Full. Jadi, penunggang motosikal bolehlah menaiktaraf lesen mereka bermula Oktober 2024 ini mengikut syarat yang ditetapkan oleh JPJ seperti yang diterangkan.

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.