Tahun-tahun kebelakangan ini, jenama-jenama baru dari China sudah mula popular di negara ini. Baru-baru ini, Stellatis Malaysia dengan gabungan Leapmotor International dari China, telah mengumumkan sebuah model SUV Elektrik yang berkapasiti besar akan bakal dilancarkan pada suku ke-empat tahun ini. Bukan sahaja berkapasiti besar, malahan harganya yang mampu milik menjadikan ianya sangat kompetatif dan boleh dipertimbangkan di dalam kelasnya.

Leapmotor C10 adalah SUV segmen D yang berukuran 4739 mm panjang, 1900 mm lebar, 1680 mm tinggi dan dengan jarak roda 2825 mm, menjadikan ianya di dalam kelas yang sama dengan Proton X90 dan Chery Tiggo 8 Pro. Stellantis belum mengumumkan secara rasmi harga yang akan ditawarkan untuk model ini, namun mereka memberi jaminan bahawa model ini merupakan model SUV EV yang paling popular di Malaysia pada masa ini. C10 Leapmotor ini disokong oleh platform LEAP 3.0 dengan binaan elektrik 800V untuk pengecasan pantas yang memberikan jarak perjalanan sehingga 420 km sekali cas.

C10 dikatakan menggunakan bateri Lithium Iron Phosphate  (LFP) dengan dua kapasiti iaitu 69.9 kWj dan 52.9 kWj. C10 juga menawarkan pilihan pacuan dual-motor atau pilihan pacuan semua roda, dengan kuasa output yang dikeluarkan di antara 231 PS (228 hp atau 170 kW) dan 340 PS (335 hp atau 250 kW). Harga yang ditawarkan tidak diumumkan lagi secara rasmi, namun dijangka bermula daripada RM84,000 dan ke atas.

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.