Honda Civic Facelift FE 2025 telah diperkenalkan di Amerika dengan rekaan yang baharu dengan ciri Facelift yang dinanti-nantikan. Terdapat empat varian kemasan berbeza untuk model ini iaitu LX (sedan sahaja), Sport, Sport Hybrid dan Sport Touring Hybrid. Keempat-empat varian ini menggunakan enjin hibrid e:HEV dengan enjin 2.0 L yang mampu mengeluarkan kuasa sehingga 200 hp dan 315 Nm tork. Sistem enjin petrol model ini bertugas untuk mengecas bateri hibrid, manakala tayar hadapannya dipacu oleh motor elektrik dan dibantu oleh enjin petrol mengikut keadaan pemanduan. Menurut Honda, model Civic Hibrid 2025 ini merupakan model bukan Type R yang paling berkuasa yang pernah mereka hasilkan dengan fokus utama mereka adalah kepada keselesaan pemanduan.

Model ini turut dilengkapkan dengan Sistem Kawalan Bunyi Aktif pada semua model hibrid selain resonator roda pada varian Sport Touring. Model ini mempunyai bentuk hadapan yang diberikan elemen sarang lebah yang memperlihatkan gril bampar bawah yang berbentuk heksagon. Manakala di bahagian lampu belakang model ini, diberikan perubahan yang lebih signifikan berbanding model sebelumnya dan terlihat lebih premium.

Ruang dalaman Civic Facelift FE 2025 ini pula masih tetap mengekalkan susun atur kabin yang sama dan bahagian bumbung moonlight hanya disediakan untuk varian Sport Touring. Keistimewaan utama yang dilakukan adalah dengan adanya fungsi build-in Google Assistant, Peta Google dan juga Google Play. Dengan adanya Google Assistant ini, setiap arahan untuk menghubungi atau menghantar mesej kepada sesiapa sahaja boleh dilakukan dengan mudah dengan hanya menggunakan arahan suara. Begitu juga dengan arahan untuk menukarkan suhu dalaman kereta serta arahan-arahan infotainmen yang lain, juga amat mudah dilakukan tanpa menghilangkan fokus pemanduan. Perincian Google Assistant ini disediakan dengan plan data tanpa had selama 3 tahun di Amerika. Selain build-in Google Assistant ini, model ini turut dilengkapkan dengan sistem bunyi Bose 12 Speaker yang melengkapkan lagi kemewahan model ini. Namun demikian, Honda Malaysia belum lagi membuat apa-apa pengumuman akan penjualan model ini di Malaysia.

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.