Menurut data yang dikeluarkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA), data jualan kenderaan penumpang bagi bulan Julai 2024 menyaksikan peningkatan ketara iaitu sejumlah 71,730 unit berbanding hanya 58,046 unit yang dicatatkan pada bulan Jun 2024. Menurut MAA, jumlah ini adalah suatu peningkatan yang amat memberangsangkan di dalam industri automotif negara iaitu sebanyak 24%.

Peningkatan jualan kenderaan ini menurut MAA adalah dipacu oleh pelancaran model-model baharu yang diperkenalkan di pasaran Malaysia selain sentimen kenaikan nilai Ringgit Malaysia berbanding Dolar Amerika. Antara barisan jenama automotif yang paling banyak mencatat jualan yang signifikan adalah Mercedes-Benz, SMART, MINI, Great Wall Motor, Jaecoo, Lexus, Neta dan Suzuki.

Dari segi perbandingan tahunan, jualan pada Julai 2024 adalah 11% lebih tinggi berbanding jualan pada Julai 2023 yang lalu. Begitu juga jumlah keseluruhan jualan untuk tujuh bulan pertama tahun 2024 ini adalah 462,088 unit, iaitu 7% lebih tinggi daripada tempoh yang sama pada tahun lepas.

Bagi bulan Ogos 2024, MAA menjangkakan jualan kenderaan di negara ini akan terus mengekalkan momentumnya lebih-lebih lagi dengan berbagai promosi jualan yang diperkenalkan oleh pasaran kenderaan sempena Hari Kebangsaan tidak lama lagi.

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.