Penggunaan bahan api merupakan suatu perkara yang amat dititikberatkan oleh pengguna kenderaan di negara ini. Apatah lagi dengan ura-ura penarikan subsidi petrol oleh kerajaan, sudah pastilah tiada pilihan yang ada selain mempelajari kaedah dan cara untuk menjimatkan kos penggunaan bahan api. Mengikut kajian, memandu dengan perlahan mampu membantu mengurangkan kadar penggunaan bahan api kenderaan namun akan memberi kesan peningkatan penggunaan bahan api untuk jarak perjalanan. Begitu juga, kelajuan yang berlebihan juga boleh meningkatkan penggunaan bahan api yang digunakan secara konsisten untuk jarak yang sama.

Secara puratanya, memandu dengan kelajuan dari 60 – 80 km/j akan memberikan kesan optimum kepada penggunaan bahan api kenderaan. Pada kelajuan ini, rintangan angin masih belum besar dan transmisi telah pun bertukar kepada gear tinggi yang akan memberikan putaran rpm enjin yang lebih optimum dengan penggunaan bahan api yang seimbang. Manakala, memandu terlalu perlahan, akan memaksa enjin bekerja di tahap gear rendah dalam rpm 1000-3000 walaupun menggunakan bahan api yang sangat minimum dengan rintangan udara yang rendah. Hal ini akan mengakibatkan enjin perlu bekerja empat kali ganda lebih banyak untuk setiap penggandaan kelajuan.

Berbeza pula jika memandu melebihi dari 80 km/j, dengan rintangan angin yang lebih tinggi, enjin akan dipaksa untuk bekerja lebih lagi untuk mengimbangi rpm dan ini akan meningkatkan penggunaan bahan api secara konsisten. Perbandingan dengan menggunakan kenderaan sedan yang sama dalam perjalanan sejauh 200 kilometer, memandu perlahan dengan kelajuan di bawah 60 km/j, masih mampu menjimatkan penggunaan minyak dalam lingkungan 10 km setiap liter, namun dengan kelajuan melebihi 80 km/j, perjalanan akan lebih cepat ke destinasi dalam lingkungan 9 kali ganda daripada memandu dengan perlahan. Ya, pastinya penggunaan bahan api juga akan lebih banyak dalam lingkungan 7-9 kali ganda juga. Kesimpulannya, memandu dengan kelajuan optimum, dalam lingkungan 60-80 km/j adalah lebih menjimatkan minyak per kilometer berbanding memandu perlahan atau memandu dengan terlalu laju (Rujukan daripada jurnal Loring Chien, jurutera permotoran Ford, USA).

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.