Pada awal tahun 2024 yang lalu, McLaren telah memperkenalkan sebuah model GTS barunya yang dikatakan lebih berkuasa dan lebih ringan dengan ruang storan yang lebih besar sehingga 570 liter. GTS yang baharu ini adalah pembaharuan daripada model GT sebelum ini dengan prestasi yang lebih berkuasa. Enjin 4.0 liter pengecas turbo berkembar V8 yang digunakan oleh jentera ini telah ditingkatkan prestasinya untuk menghasilkan 635 hp dan 630 Nm tork di mana ia telah melebihi 15 hp daripada model sebelumnya. Digabungkan dengan berat keseluruhan jentera ini iaitu 1,520 kg, GTS mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 3.2 saat, seterusnya mencapai had laju 200 km/j dalam masa 8.0 saat dan seterusnya mencapai kelajuan tertinggi iaitu 326 km/j.

McLaren juga memberitahu bahawa GTS baharu ini mempunyai nisbah kuasa kepada berat yang terbaik di dalam kelasnya iaitu 418 hp untuk setiap tan. Sebagai perbandingan, Porsche 911 Turbo S mempunyai pernisbahan 401 hp/tan dan Bentley Continental GT Speed dalam nisbah 293 hp/ tan.

Seperti model GT sebelum ini, McLaren GTS baharu ini masih kekal sebagai kereta super yang paling selesa dan praktikal di antara kebanyakan model kereta super yang ada di pasaran. GTS masih mempunyai 420 liter ruang but di bahagian belakang dipadankan dengan 150 liter ‘frunk’ yang berjumlah 570 liter ruang storan yang disesuaikan untuk penggunaan harian.

Bahagian dalaman GTS ini pula adalah lengkap dengan paparan digital 10.25 inci dengan sistem infotainmen skrin sesentuh 7 inci berorientasikan potret. Sistem audio yang digunakan adalah Premium Bowers & Wilkins yang terdiri daripada 12 pembesar suara dan menampilkan woofer sub-bas gentian karbon dan unit pemacu jarak pertengahan jenis Kevlar.

Sistem Optional Nose Lift yang disuntik di dalam sistem jentera ini, jika diaktifkan, akan memberikan kelegaan tanah seperti sebuah sedan sebanyak 130 mm. Stereng berkuasa hidrolik yang digunakan oleh jentera ini juga akan memberikan rasa stereng yang cukup padu dan berkuasa terutamanya apabila melalui selekoh tajam dan jalan yang berliku. Harga yang ditawarkan untuk GTS baharu ini di Malaysia adalah dalam julat harga RM 1,200,000.00 dan ke atas.

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.