Istilah “Full Loan” sering diguna pakai oleh kebanyakan penjual dan juga pembeli kereta yang ingin membuat pembiayaan bank tanpa mengeluarkan deposit. Ramai juga penasihat jualan sedang pakat menggelabah kerana bermula dari 1 Ogos 2024 ini, tiada lagi kaedah “FULL LOAN” yang dibenarkan utk pelanggan yang tiada deposit. Jadi, benar-benar ada ke FULL LOAN?

Sejak dari dulu, kebanyakan bank di Malaysia sememangnya tidak menawarkan pembiayaan penuh atau “full loan” untuk kenderaan. Pemohon hanya boleh meminjam maksima sehingga 90% dari harga jualan kenderaan, selebihnya 10% perlu disediakan secara tunai untuk bayaran kepada pengedar kereta. Namun, ramai dikalangan pembeli kereta tidak dapat berbuat demikian, sebagai inisiatif untuk melonjakkan keboleh upayaan pelanggan, penjual mencipta satu kaedah bagi membantu pelanggan merealisasikan impian memiliki kenderaan idaman mereka dengan mengadakan istilah “FULL LOAN” atau “0 Deposit” dengan kaedah menaikkan harga (mark up) dari harga sebenar.

Dengan cara menaikkan harga jualan lebih tinggi dari harga yang sebenarnya, jumlah 10% yang sepatutnya disediakan secara tunai oleh pelanggan tampak seperti ada, namun, ia sebenarnya adalah jumlah yang palsu (dummy) yang hanya diadakan atas kertas. Cara ini sedikit sebanyak membantu pelanggan terutamanya yang mampu membayar bulanan, tetapi tidak mempunyai simpanan tunai yang boleh dikeluarkan sebagai deposit. Tetapi, disebalik kemudahan itu, terdapat kelemahan dari segi pengiraan cukai dan penyistiharan harta, kerana jumlah sebenar yang diatas penjanjian bank, tidak sama dengan harga sebenar yang dibeli oleh pelanggan.

Mulai 1 Ogos 2024, Lembaga Hasil Dalam Negeri akan memulakan perlaksanaan sistem E-Invois bagi beberapa syarikat yang terlibat, termasuk bidang jualan kereta. Perlaksanaan E-Invois akan menyebabkan kaedah “mark up loan” tidak boleh lagi diguna pakai, kerana semua transaksi perlu selari dengan jumlah diatas kertas, dan semua jumlah ini akan diisytihar secara terus kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri secara dalam talian (Online).

Namun begitu, ada juga bank yang menawarkan pinjaman penuh tanpa perlu “mark up”, seperti Bank Rakyat dan Bank Islam. Pembiayaan dari kedua bank ini bersyarat dan hanya khusus kepada yang benar-benar berkelayakan sahaja akan diproseskan permohonannya. Kedua bank ini memberi kelebihan kepada kakitangan kerajaan dan juga GLC khususnya. Sekiranya anda tidak tergolong dikalangan yang disebutkan, sebaiknya bersedialah dengan sekurang-kurang 10% tunai untuk membeli kereta baharu.

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.