MG adalah jenama Britain yang dahulunya hanya mengeluarkan ‘Sport Car’ yang bermula pada tahun 1920-an. MG adalah singkatan bagi ‘Morris Garages’ yang pengeluaran keretanya bermula di Oxford, Britain oleh pemilik asalnya, William Morris.

Pada tahun 2007, MG telah bergabung dengan Nanjing Automobile Group di bawah kapasiti SAIC Motor untuk memperkembangkan lagi pasaran jenama MG ini di dunia dengan jenis-jenis kenderaan lain selain ‘Sport Car’. Pada awal tahun ini, MG telah memperkenalkan SUV elektrik yang sangat berbaloi untuk dimiliki dengan harga yang bermula daripada RM 104,000 sahaja dengan 4 varian unik. MG menjangka SUV yang diperkenalkan ini dapat menjadi pilihan utama bagi pengguna kereta SUV elektrik di Malaysia.

Rekaan Hatchback SUV elektrik ini memperlihatkan rekabentuk yang canggih dan futuristik dengan gaya aerodinamik yang terdiri daripada empat varian utama iaitu Standard, Lux, Lux Extended Range dan XPOWER. Julat harga semua varian ini adalah bermula daripada RM104,000 sehingga RM159,000 sahaja yang dijangka menjadi saingan utama kepada SUV BYD Blade.

MG4 telah direkabentuk untuk memaksimumkan kecekapan bateri dengan berat yang minimum bagi memastikan prestasi pemanduannya yang lancar walaupun dengan kapasiti penumpang atau barangan yang maksimum. Ruang dalamannya sangat ringkas dan futuristik dengan kapasiti bagasi yang besar sehingga 1177 liter. Varian MG4 paling premium iaitu XPOWER (AWD) ini mampu menghasilkan 435 PS dan 600 Nm tork, dan hanya memerlukan 3.8 saat sahaja untuk mendapatkan kelajuan dari 0 km/j hingga 100 km/j.

Selain rekaan luaran dan dalamannya yang inovatif, kapasiti bateri yang disediakan boleh dipilih daripada 51 kWj sehingga 77 kWj dengan jarak sekali cas bermula daripada 350 km sehingga 520 km. MG4 dikatakan menggunakan bateri yang paling rata dan nipis di dalam kelasnya. Dengan pengagihan berat yang seimbang, handling SUV ini dikatakan antara yang terbaik terutamanya apabila melalui selekoh yang tajam dan jalan yang berliku.

MG4 menawarkan tujuh warna pilihan iaitu Volcano Orange, Holborn Blue, Dynamic Red, Arctic White, Camden Grey, Black Pearl, Monument Silver dan pilihan matte eksklusif, Racing Green untuk MG4 XPOWER. Selain itu, MG4 Lux dan Extended Range boleh didapati dengan bumbung hitam dua warna.

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.