Pada bulan Mei yang lepas, ATM (Angka-Tan Motor Sdn Bhd) telah melancarkan trak pikap ringan JMC Vigus Pro White Siries 2×4  Euro 4, yang merupakan varian terbarunya selain dua variannya yang sudahpun dilancarkan sebelum ini iaitu varian Vigus Pro White 4×4 dan varian Vigus Pro White Premium 4×4.

Dikatakan harga yang ditawarkan adalah sangat kompetatif dengan rekabentuk dan saiz yang sama dengan dua varian tadi iaitu hanya RM 89,999 di Semenanjung Malaysia, manakala hanya RM 91,999 sahaja di Sabah dan Sarawak.

Varian ini menggunakan sistem pacuan 4×2, yang menjadikannya ‘trak bandar’ yang paling sesuai dan efektif untuk digunakan oleh pengguna trak perbandaran, industri kecil dan sederhana serta syarikat-syarikat yang mahukan pengurangan kos pembelian kenderaan.

Bahagian dalaman Vigus Pro White 4×2 Euro 4 ini dilengkapi dengan kemudahan skrin infotainmen sesentuh 8-inci selain pengelap cermin automatik. Trak ini mampu membawa muatan sehingga 950 kg di belakangnya dan menggunakan enjin diesel 2.0 liter Puma 4-silinder dengan pengecas turbo. Transmisi automatik ZF lapan kelajuan serta paddle shifter untuk varian ini, menjadikan pemanduannya lebih lancar dan cekap terutamanya dalam menghadapi kesesakan lalu lintas. Jaminan yang diberikan oleh JMC ialah 3 tahun atau 100,000 km, sama seperti varian Vigus 4×4-nya sebelum ini. Tempahan sudah pun dibuka di bilik pameran JMC yang berdekatan.

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.