Neta adalah jenama yang sangat baharu di negara kita. Jenama buatan China ini mempunyai reputasi tertentu walaupun sangat baru diperkenalkan. Dengan rekaan yang moden, serba canggih dan melangkaui ‘trend’ masa kini, Neta S dikatakan sangat berpotensi untuk menjadi pilihan pengguna kereta elektrik di negara kita kerana rekabentuknya serta harganya yang dijangka sangat kompetatif.

Neta S ini didatangkan dengan satu varian sahaja, iaitu varian elektrik sepenuhnya dengan transmisi automatik.

Bahagian dalaman Neta S ini sangat kemas dan ringkas, dengan jalur stereng boleh laras, tempat duduk berkuasa elektrik, paparan tiga jenis skrin digital iaitu skrin 13.3 inci skrin nipis untuk bacaan instrumen, 17.6 inci skrin sentuh di bahagian tengah dan skrin sentuh bersaiz 12.3 inci di bahagian tempat duduk penumpang hadapan. 

Selain itu, Neta S dilengkapkan dengan bumbung kaca panoramik elektrokromik dan kemasan kulit dan suede untuk kabinnya. Tempat duduk belakang juga agak luas dengan penyandar berkuasa elektrik.

Neta S boleh didapati dengan konfigurasi pacuan roda belakang motor tunggal atau pacuan semua roda (AWD). Konfigurasi pacuan roda belakang tunggal ini mampu menghasilkan output sehingga 170 kW dengan kuasa kuda 228 hp dan 310 Nm tork dan hanya memerlukan 6.9 saat untuk mencapai kelajuan dari 0 km/j hingga 100 km/j; manakala untuk konfigurasi AWD pula menghasilkan output sehingga 340 kW pada 456 hp dan 620 Nm tork di mana tempoh untuk mencapai dari 0 km/j hingga 100 km/j hanyalah 3.9 saat sahaja.

Kelajuan maksimum untuk kedua-dua konfigurasi ini ialah 185 km/j. Selain itu, terdapat 3 pilihan bateri yang disediakan iaitu samada 64.46 kWj (jarak perjalanan 520 km), 84.5 kWj (jarak perjalanan 715 km) dan 91 kWj (jarak perjalanan 650 km). Neta S ini dijangka akan mula dijual di negara ini pada November 2024 dengan harga jualan (tanpa insurans) ialah RM 99,800.

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.