Maserati adalah nama yang tidak asing lagi bagi penggemar kereta Itali berprestasi tinggi di Malaysia. Baru-baru ini, Naza Italia telah melancarkan Maserati GranTurismo yang terdiri daripada dua varian, iaitu varian Trofeo dan varian Nettuno.

Kedua-dua varian ini dikuasakan dengan enjin petrol V6 turbo berkembar 3.0 liter gabungan ZF-sourced 8HP75 yang dipasangkan dengan transmisi automatik lapan kelajuan dilengkapi dengan sistem pacuan semua roda.

Pada harga permulaan RM 738,800 sebelum duti dan cukai serta pilihan penyesuaian dan insurans.

Maserati GT ini dikatakan sebuah super car serba mewah berprestasi tinggi yang mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Varian Nettuno dikatakan mampu menghasilkan 496 PS (489 hp) pada 6500 rpm dan tork 600 Nm pada 3000 rpm, di mana masa yang diperlukan dari 0-100 km/j hanyalah 3.9 saat dengan halaju tertingginya sehingga 302 km/j.

Berbeza pula dengan varian Trofeo, tetap menggunakan enjin yang sama tetapi output yang mampu dikeluarkan ialah 557 PS (550 hp) dan 650 Nm di mana masa yang diperlukan dari 0-100 km/j hanyalah 3.5 saat dengan kelajuan tertinggi yang lebih tinggi iaitu 320 km/j. Trofeo dijual dengan harga yang lebih mahal kerana perbezaan prestasi ini, di mana  harganya bermula daripada RM 878,000.

Kedua-dua varian ini didatangkan dengan kawalan damping elektronik, sistem roda supercar (20 inci roda hadapan dan 21 inci roda belakang) serta brek Brembo dengan cakera hadapan 380 mm (6 piston calliper) dan cakera belakang 350 mm (4 piston calliper). Perbezaan ketara antara dua varian ini adalah sistem rear self locking untuk calliper ini di mana untuk Nettuno adalah secara mekanikal manakala untuk Trofeo adalah secara kawalan elektronik.

Bagi bahagian dalaman kedua -dua varian ini, terdapat instrumen digital 12.2 inci dan empat lagi paparan untuk infotainment, 8.8 inci untuk kawalan iklim, paparan utama dan jam digital kecil. Sistem bunyi yang digunakan untuk setiap varian adalah sistem Sonus dengan 19 atau 14 pembesar suara dan 1195 watt atau 860 watt amplifier.

Seperti model Maserati yang lain, pengguna boleh menyesuaikan GranTurismo mereka dengan pelbagai pilihan dengan harga yang berlainan, namun setiap pembelian disertakan dengan jaminan 3 tahun tanpa had perbatuan.

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.