Citroen merupakan jenama automotif buatan Perancis yang semakin mendapat perhatian sejak kebelakangan ini terutamanya C3X Crossover 2024. Rekabentuknya yang unik dengan ciri-ciri yang berbeza dengan kenderaan biasa, menjadikan jenama ini semakin mendapat perhatian di Eropah.

Rekabentuk C3X ini yang sangat kompak dengan luarannya yang sangat berotot berjaya menonjolkan prestij tertentu kepada penggunanya.

C3X ini dikuasakan oleh enjin petrol turbo 1.2 liter, memberikan kuasa sehingga 110 bhp dengan 190 Nm tork puncak. C3X ini dijangka hadir dengan transmisi manual (atau automatik) 6 kelajuan, yang amat jarang dijadikan pilihan dalam mana-mana jenis jenama kereta pada masa sekarang selain rim yang dibekalkan juga mempunyai beberapa pilihan saiz samada rim 15 inci, 16 inci atau 17 inci.

Bahagian dalaman C3X Crossover 2024 ini mengambil rekaan yang serupa dengan SUV kompak C3 Aircross, di mana tumpuan khusus Citroen pada model ini adalah lebih kepada harga yang kompetatif dan rekaan yang moden.

C3X menyediakan skrin sesentuh 10 inci dengan tawaran Apple CarPlay dan Android Auto, yang menjadikan suasana pemanduan C3X ini seperti sebuah sedan yang ‘ditinggikan’. Manakala jarak ketinggian dari tanah adalah sekitar 200 mm.

Dari segi keselamatan, C3X ini menyediakan dua beg udara hadapan, sensor tempat letak kereta, HAS (Hill Start Assist) dan kamera undur.

Harga yang ditawarkan untuk C3X Crossover ini di Malaysia adalah dijangka bermula dengan RM72,000 sahaja (tanpa cukai dan insurans).

Namun demikian, Citroen Malaysia belum lagi membuat apa-apa pengumuman tentang kemasukan model ini di pasaran Malaysia. Kita harapkan model ini dapat dibawa masuk tahun ini untuk merancakkan lagi industri automotif di Malaysia.

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.